Skip to main content

Berita

“Semoga Kamu Dilaknat”- Bapa Zayn Rayyan Menjerit

Semoga Kamu Dilaknat- Bapa Zayn Rayyan Menjerit

Suasana di Mahkamah Sesyen di sini bertukar kecoh selepas suami kepada Ismanira Abdul Manaf, Zaim Ikhwan Zahari, 30, menjerit ke arah pegawai penyiasat kes kematian anak mereka, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin.

“Semoga kamu dilaknat!” jerit Zaim Ikhwan sejurus mahkamah memerintahkan isterinya dipenjara serta-merta di Penjara Wanita Kajang bagi menjalani hukuman penjara lima tahun kerana mengabaikan anak autisme mereka dua tahun lalu.

Advertisement

Tindakan itu menyebabkan beberapa ahli keluarga terpaksa menenangkan Zaim Ikhwan sebelum membawanya keluar dari kamar mahkamah menuju ke lokasi sidang media.

Ketegangan turut memuncak apabila ibu Zaim Ikhwan turut meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pegawai polis yang terlibat dalam penyiasatan kes tersebut.

“Puaslah kau, botak!” katanya dalam nada marah sebelum beredar dari kawasan mahkamah.

Terdahulu, Hakim Dr Syahliza Warnoh menolak permohonan Ismanira untuk menangguhkan hukuman penjara sementara menunggu rayuan, dengan alasan tiada faktor istimewa yang boleh membolehkan penangguhan diberikan.

Kes melibatkan kematian Zayn Rayyan, 6, yang ditemukan meninggal dunia berhampiran anak sungai di Damansara Damai pada 6 Disember 2023, telah menarik perhatian ramai dan mencetuskan reaksi pelbagai pihak.


Sumber: Sinar Harian

Must-Watch Video

Advertisement