Kumpulan Alpha menzahirkan ucapan terima kasih atas sokongan padu yang telah diberikan oleh kelab peminat Alpha iaitu Alphanites yang hadir ke program MeleTOP.
Advertisement
Menerusi satu hantaran di Instagram mewakili Alpha, Daniel Sher memohon maaf kerana tidak dapat meluangkan masa bersama peminat kerana berlaku sedikit kecemasan.
"Terima kasih banyak-banyak buat Alphanites untuk datang dan sokong kami di MeleTOP.
"Maaf kami tak dapat luangkan masa untuk bergambar dengan semua orang yang setia menunggu kami sehingga habis rancangan," katanya.
Dalam pada itu, Daniel juga meminta kerjasama peminat yang berada pada sesi meet & greet untuk tidak membuat sebarang hantaran di sosial media berhubung kecemasan yang berlaku.
"Kita doakan Araff cepat sembuh. Saya minta jasa baik tolong jangan post video Araff dan kalau dah terpost tolong remove ya," tambahnya.
Bagaimanapun, dalam satu perkembangan lain pihak pengurusan Rocketfuel Entertainment berkongsi penyanyi muda itu dalam keadaan baik selepas di bawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan.
Kumpulan Alpha yang dianggotai oleh Daniel Sher, Izat Ibrahim, Rizal Rasid, Ariel Fesol, Ray-D, Araff dan Sky menghadiri program MeleTOP bagi mempromosikan lagu P Ramlee Saloma.
Lagu P. Ramlee Saloma kini telah mencecah 6 Juta stream di platform Spotify.