Pelakon, Janna Nick menyorot perhatian netizen selepas berkongsi video percutiannya untuk menyambut tahun baharu bersama suami, Dini Schatzmann.
Bagaimanapun, apa yang menyentuh jiwa netizen apabila membaca kapsyen Janna yang berdoa agar diberikan rezeki untuk menimang cahaya mata.
“Semoga ada rezeki nak tolak stroller pulak. To more random trips together 🤍 Happy New Year, guys,” tulis Janna ringkas.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut mendoakan pasangan itu akan dikurniakan anak dan mendoakan rumah tangga yang dibina sentiasa bahagia.
“Ala sedih plk baca caption janna, semoga Allah hadirkan anak-anak yang ramai buat kamu berdua Aamiin aamiin Ya Mujib , i know you both will be great mom&dad one day.
“Aamiin.. semoga dikurniakan cahaya mata yg indah Dan baik imannya.
“Semoga tahun 2026 dikurnia rezeki zuriat buat janna dan dini.. terus berbahagia bersama hingga ke jannah.
“Semoga awk dikurniakan zuriat utk thun ni.. aminnnnn.
“Semoga Allah lindungi couple ini hingga ke jannah ❤🤲 amiin.
“Semoga janna n suami dikurniakan anak kembar nanti...aminnn,” tulis netizen.
Sekadar info, Janna Nick sah menjadi isteri kepada aktor Dini Schatzmann dalam majlis pernikahan yang diadakan di sebuah masjid di Langkawi, pada 10 Jun 2023.
Dengan sekali lafaz, Dini dan Janna dinikahkan oleh Pengerusi Masjid Aisyah, Haji Othman Yahya, berwalikan bapa kepada aktres itu dan bersaksikan sepupu pengantin perempuan, Amir Fikri serta Amar Fikri.