Penyanyi Arrora Salwa berdepan pengalaman sukar apabila terpaksa mendapatkan rawatan di sebuah pusat perubatan di Nilai, Negeri Sembilan, selepas empat hari tidak dapat membuang air besar.
Arrora atau nama sebenarnya Nurul Hidayah Mohd. Salwa, 39, mengakui keadaan itu benar-benar mengganggu rutin hariannya apabila perut terasa semakin sakit dan tidak selesa.
Advertisement
“Saya dah empat hari tak buang air besar, memang perut rasa perit. Syukur keadaan saya semakin baik dan insya-Allah akan dibenarkan pulang dalam masa terdekat. Alhamdulillah, hari ini saja saya dah berjaya buang tiga kali,” katanya menerusi siaran langsung di TikTok.
Menurut pelantun lagu Ahmad itu, keadaan boleh menjadi lebih serius jika dibiarkan berpanjangan kerana ia mampu menjejaskan kesihatan tubuh.
“Sebenarnya saya cuma perlu membuang air besar saja. Bila doktor beri ubat untuk mencairkan najis, barulah lega.
"Doktor ada cadangkan buat pemeriksaan lanjut dengan memasukkan kamera melalui dubur, tapi saya tolak. Mujur usus saya tiada masalah besar,” jelasnya.
Di media sosial, rata-rata peminat dan netizen mendoakan agar peserta Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11) itu cepat sembuh. Malah, ada yang berkongsi pelbagai petua tradisional untuk melancarkan sistem pencernaan.
“Minum air kelapa, insya-Allah lebih lawas,” tulis seorang pengguna.
“Banyakkan makan betik, memang mujarab,” cadang yang lain.
“Jangan tahan lama, bahaya. Jaga kesihatan ya Kak Arrora,” pesan seorang peminat.