Skip to main content

Berita Tempatan

"Semalam Tetibe Demam..." - Nabil Mahir Positif Covid-19, Tunda Semua Plan Raya

Astro Gempak nabil covid

Sekilas

  • Nabil Mahir disahkan positif Covid-19 selepas mengalami simptom seperti demam, sakit badan, dan batuk.
  • Semua perancangan Nabil sepanjang Syawal terpaksa dibatalkan dan ditangguhkan sementara waktu.
  • Isterinya, Ayda Jebat, berkongsi cabaran menguruskan anak-anak seorang diri sepanjang tempoh kuarantin Nabil.

Personaliti media sosial dan pengacara, Nabil Mahir berkongsi khabar kurang menyenangkan apabila disahkan positif Covid-19.

Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Nabil menerusi satu hantaran di Instagram, selepas mengalami beberapa simptom kesihatan.

“Semalam tetibe demam, sakit badan, sakit tekak, batuk and flu. Gi jumpa doctor and im Covid +.

"Semua plan terpaksa cancel and postpone. Tak sure i got it from where but i hope everyone stay safe this raya.

"Quarantine starts now," kongsi Nabil.

Susulan itu, semua perancangannya sepanjang Syawal terpaksa dibatalkan dan ditangguhkan buat sementara waktu.

Dalam masa sama, isterinya, Ayda Jebat turut berkongsi situasi yang dihadapi apabila perlu menguruskan anak-anak sendirian sepanjang tempoh kuarantin Nabil.

“Ada ni tengah memikirkan mcm mana nak jaga @anggumikaylaofficial sorang sorang malam ni.. (first time ni kena jaga sorang). Selalu Nabil yang bangun malam settlekan baby. Kalau saya rajin saya tolong2 as PA je. Huaa. Its okay I can do this!

"Nabil kena covid. Tadi pergi clinic and swab. Double line. Get well soon love @nabilmahir ada lagi covid ni eh.

"Patutlah semalam Nabil demam, lemah je. Cepat sembuh sayang.. doakan Mimi, Nayla & Dedek tak kena covid ya guys," kongsi Ayda.

Anda mungkin berminat dengan

SOME BY MI Daily Mask 30pcs

SOME BY MI Daily Mask 30pcs

SKINTIFIC 8-Piece Skincare Set

SKINTIFIC 8-Piece Skincare Set

Torriden Dive-In Soothing Cream

Torriden Dive-In Soothing Cream

SKINTIFIC 4-in-1 Day & Night Set

SKINTIFIC 4-in-1 Day & Night Set

Must-Watch Video

Advertisement