Sekilas
- Sharifah Sakinah meminta sesiapa yang tersalah ambil seliparnya di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, supaya memulangkannya semula.
- Pelakon drama Edina Kembali - Dr. Pontianak 2 itu berkata kehilangan selipar menyukarkan dia untuk ke destinasi seterusnya kerana terpaksa berkaki ayam.
- Perkongsian Sakinah di Threads menarik perhatian ramai, termasuk yang terkejut dengan harga selipar tersebut selepas membuat carian atas talian.
Pelakon, Sharifah Sakinah meminta mana-mana individu yang mungkin tersalah ambil untuk memulangka semula seliparnya.
Menerusi Threads, Sakinah memaklumkan kejadian itu berlaku sewaktu dirinya berada di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin pada Khamis.
“Salam, sesiapa yang berada di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, sila pulangkan balik selipar hitam saya yang bertuliskan Alo, logo seperti Alha Alfa,” kongsinya.
Ujar pelakon drama Edina Kembali - Dr. Pontianak 2 ini, dia tidak kisah jika seliparnya itu dicuri namun, kehilangan selipar itu telah menyukarkan dirinya untuk ke destinasi yang seterusnyaZ.
“Saya tak kisah kena curi ke tersalah ambil ke.
“Masalahnya saya kena berkaki ayam untuk ke destinasi seterusnya. Apa apa tolong DM,” ujarnya.

Perkongsian itu kemudiannya menyorot perhatian ramai yang rata-ratanya terhibur dengan Sakinah.
Malah ada juga yang membuat carian atas talian dan terkejut melihat harga bagi selipar Sakinah itu.
Sumber: Threads Sharifah Sakinah