Skip to main content

Hiburan

Selepas Sekian Lama Menanti, Wani Kayrie Sebak Cak Cak Cekuk Berjaya Ke AJL40 - “Terima Kasih Rakyat Malaysia Viralkan Lagu Saya”

Astrogempak Wanie Kayrie

Sekilas

  • Wani Kayrie berjaya melayakkan diri ke Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-40 buat pertama kali dengan lagu Cak Cak Cekuk.
  • Lagu tersebut dicipta oleh Karim Karam, Shane Kennedy dan Iqie Hugh dan mendapat sokongan hangat dari rakyat Malaysia.
  • Sepuluh lagu telah diumumkan layak ke final AJL40 selepas separuh akhir yang berlangsung di Studio 1, Glenmarie.

Debaran akhirnya terjawab, selepas lebih sedekad menanti, penyanyi Wani Kayrie akhirnya mencipta sejarah peribadi apabila buat kali pertama berjaya melayakkan diri ke Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-40.

Lagu Cak Cak Cekuk, ciptaan Karim Karam, Shane Kennedy dan Iqie Hugh itu membuka ruang buat Wani membuktikan kemampuannya.

Wani dengan nada sebak mengucapkan rasa syukur dan terima kasih kepada rakyat Malaysia kerana memberikan sokongan kepadanya.

“Alhamdulillah, setelah sekian lama akhirnya saya berjaya. Terima kasih rakyat Malaysia kerana viralkan lagu saya. Cak Cak Cekuk pergi final AJL40!” ujarnya.

Lagu-lagu itu diumumkan pada siaran langsung dari Studio 1, Glenmarie, Shah Alam menerusi episod kedua AJL 40 Separuh Akhir (SA), pada Sabtu.

Sebanyak 20 lagu yang bertanding di separuh akhir dan hanya 10 lagu sahaja berjaya mara untuk merebut gelaran juara tidak lama lagi.

Berikut adalah senarai rasmi 10 lagu yang layak ke pentas AJL40:

1. Lumangad Oku Dika - Ryenald Guntabid 
2. Kamu - Aina Abdul
3. Cak Cak Cekuk - Wani Kayrie
4. Ke Mana Ni - Luca Sickta, Kmy Kmo
5. Tak Adil - Aisha Retno
6. Tangisan Seorang Pendosa - Marsha Milan
7. Semacam Pandora - Hazama
8. Lemah - Dayang Nurfaizah
9. Nurcinta - Amir Masdi
10. Tiwikarma- K.O.I

Anda mungkin berminat dengan

Corolla Soft Pu Lightweight Women Shoes

Corolla Soft Pu Lightweight Women Shoes

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

DESSINI ITALY SPP-12-S 12 PCS Casserole Induction Die Cast Aluminium Non Stick Pot Bowl Deep Fry Pan Cookware PERIUK

DESSINI ITALY SPP-12-S 12 PCS Casserole Induction Die Cast Aluminium Non Stick Pot Bowl Deep Fry Pan Cookware PERIUK

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

Must-Watch Video

Advertisement