Skip to main content

Drama

Selepas Jerman & India, ‘Bad Cop’ Kini Diadaptasi Versi Malaysia Untuk Siri Premium Astro Originals

Bad Cop

Sekilas

  • Astro Originals mempersembahkan siri premium terbaru, Bad Cop, adaptasi daripada siri jenayah popular Jerman 2017 yang juga diadaptasi di India pada 2024.
  • Siri ini menampilkan Aiman Hakim yang membawa dua watak berbeza serta membawakan isu sosial seperti penipuan identiti dan penderaan rumah tangga dalam format case-of-the-week.
  • Bad Cop akan mula ditayangkan pada 19 Disember 2025 di platform OnDemand, sooka, Astro Citra dan Astro Ria dengan arahan Jason Chong dan showrunner Kavivarmen Vigneswaran.

Selepas fenomena Generasi : Perfect 10, Astro Originals mempersembahkan sebuah lagi siri premium terbaru, Bad Cop.

Bad Cop merupakan adaptasi daripada siri jenayah popular Jerman pada tahun 2017 dan siri asal ini turut mencapai kejayaan antarabangsa apabila diadaptasi produksi India pada tahun 2024.

Siri terbitan Astro Shaw ini diterajui showrunner Kavivarmen Vigneswaran, dan diarahkan Jason Chong yang membawa sentuhan visual dan penceritaan premium yang menjadi identiti Astro Original.

Menurut Penerbit Eksekutif Bad Cop merangkap Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad, siri ini mengukuhkan lagi komitmen Astro Originals dalam menawarkan kandungan premium dengan naratif berimpak tinggi. 

“Selepas kejayaan siri premium Liar pada tahun 2023, yang diadaptasi daripada siri thriller pemenang anugerah antarabangsa, kami teruja mempersembahkan Bad Cop, adaptasi daripada siri popular Jerman 2017. 

“Untuk versi Malaysia, siri ini diterajui oleh showrunner dari Astro Shaw, Kavivarmen Vigneswaran dan kami kembalikan pengarah berpengalaman Jason Chong, yang juga sebelum ini mengarahkan siri Liar. 

“Kami yakin naratif Bad Cop akan mendapat tempat di hati penonton Malaysia kerana cerita kepolisan sememangnya dekat dengan penonton tempatan, dan suntikan elemen lokal menjadikan adaptasi ini lebih relevan, autentik dan mudah dihayati. 

“Kami berharap Bad Cop mampu menetapkan standard baharu bagi premium siri tempatan, sekali gus meneruskan legasi kejayaannya di Jerman dan India,” ujarnya.

Bagi versi Malaysia, Bad Cop diterajui oleh pelakon Aiman Hakim yang pertama kali membawa dua watak berbeza iaitu protagonis dan antagonis, sekali gus menguji versatiliti dalam lakonannya. 

Siri ini turut menampilkan bakat-bakat terkenal daripada pelbagai latar, seperti Siti Saleha, Harvinth Skin, Razib Salimin, Tony Eusoff, Whulandary Herman, Melissa Campbell dan Alvin Wong.

Menarik lagi, setiap episod menyaksikan kemunculan bintang-bintang popular yang membuat penampilan istimewa.

Bad Cop membawa pendekatan case-of-the-week, di mana kesemua lapan episod memaparkan kes baharu serta isu sosial tersendiri, antaranya penipuan identiti, marginalisasi komuniti luar bandar, tekanan sosial lelaki moden dan penderaan rumah tangga. 

Ini membuka ruang kepada pelbagai isu masyarakat yang relevan dan lebih mendalam daripada sekadar konflik keluarga.

Siri terbitan Astro Shaw ini diterajui showrunner Kavivarmen Vigneswaran, dan diarahkan Jason Chong yang membawa sentuhan visual dan penceritaan premium yang menjadi identiti Astro Originals.

Bad Cop akan menemui penonton bermula 19 Disember 2025 setiap Jumaat, tepat 12.00 tengah malam di OnDemand dan juga di sooka. 

Penonton juga boleh menyaksikannya di Astro Citra (Saluran 108) pada setiap Jumaat, jam 9 malam, serta di Astro Ria (Saluran 104) pada setiap Sabtu, jam 10.30 malam.

Saksikan dua episod pertama pada 19 Disember 2025 di platform OnDemand dan sooka. 

Sebagai sebahagian daripada kolaborasi strategik ini, Goodday Charge telah menyokong lima judul Astro Originals premium sepanjang tahun 2025, yang masing-masing menampilkan manifestasi berbeza kekuatan dalaman:

1. One Cent Thief : Dunia jenayah digital

2. First Wives : Persahabatan teguh

3. Honey Trap : Ketegangan perisikan dalam Honey Trap

4. Generasi : Perfect 10 : Semangat dan disiplin

5. Bad Cop : Integriti Diri

Kisah-kisah ini membentuk satu perjalanan yang saling berkait, sekali gus mengukuhkan mesej Goodday Charge bahawa walaupun setiap individu mempunyai potensi untuk menjadi hebat, sentiasa ada ruang untuk melangkah lebih jauh dan menjadi terhebat.

Langgan Pek Astro One dengan hanya RM49.99/sebulan. Strim Senang Hati, Hiburan Tanpa Henti Untuk Seisi Keluarga. 

Tingkatkan pengalaman penstriman anda dengan menaik taraf ke Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Entertainment dengan hanya RM139.99/sebulan. 

Untuk melanggan atau menaik taraf ke Astro One, layari www.astro.com.my atau WhatsApp ‘Hi’ ke 03 9543 3838.

Sinopsis:

Bad Cop mengisahkan Emir Khalid, seorang penjenayah bertembung dengan kembarnya yang terpisah, Imar seorang inspektor polis. 

Pertemuan semula itu bertukar emosi apabila Imar ditembak dan dia menyerahkan identiti polisnya kepada Emir sebagai jalan untuk melarikan diri, tetapi memintanya menunaikan satu janji.

Must-Watch Video

Advertisement