Penyanyi, Syasya Rizal mengumumkan telah selamat melahirkan mata cahaya kedua pada Isnin.
Berita gembira itu dikongsikan oleh Syasya sendiri menerusi satu hantaran di Instagram.
“Bismillahi, MasyaAllah TabarakAllah, Alhamdulillah. 1/12/2025 lahirlah seorang lagi cahaya dalam hidup Mama dan Bapak. Our little princess 🩷
“Allah titipkan lagi satu amanah untuk kami jaga, sayang, dan bimbing. Selamat datang ke dunia, sayang kecil Mama,” tulis Syasya.
Sekadar info, Syasya mendirikan rumah tangga bersama Nasrullah pada 20 April 2024.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Yassir Hayyan pada 23 December 2024.

Keselesaan Pertama Si Manja!
Raikan kelahiran si kecil dengan bantal newborn lembut dan selamat. Direka untuk sokongan sempurna agar bayi tidur nyenyak setiap masa.
Beli Sini