Skip to main content

Hiburan

“Sebab Sudah Berjanji, Saya Tak Langgar Perjanjian…” - Kenyataan Nur Fazura Sorot Perhatian Netizen

Astrogempak FAZURA

Sekilas

  • Pelakon Nur Fazura berseloroh dia tidak akan dipenjarakan kerana tidak melanggar sebarang perjanjian dengan peguamnya.
  • Fazura baru sahaja menghadiri majlis rumah terbuka peguamnya, Fakhrul Azman Abu Hasan, yang turut mengesahkan tiada pelanggaran perjanjian berlaku.
  • Bekas suaminya, Fattah Amin, sebelum ini memfailkan permohonan terhadap Fazura berkaitan hak lawatan anak, namun permohonan itu ditolak Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.

Nama pelakon, Nur Fazura menjadi bualan netizen selepas dia berseloroh tidak akan dipenjarakan kerana tidak melanggar sebarang perjanjian dengan peguamnya. 

Menerusi sebuah video yang tular di platform Threads, Fazura difahamkan baharu sahaja selesai menghadiri majlis rumah terbuka peguamnya yang mewakilinya, Fakhrul Azman Abu Hasan.

“Yang penting saya tak dipenjara oleh peguam saya. Sebab sudah berjanji, saya tak langgar perjanjian,” katanya.

Dalam video sama, turut kedengaran Fakhrul juga bersetuju dengan kenyataan aktres Pisau Cukur itu tidak melanggar sebarang perjanjian. 

Terdahulu, bekas suaminya, iaitu Fattah Amin atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin, dilaporkan mengemukakan permohonan secara ex parte terhadap aktres berkenaan atas dakwaan melanggar perintah mahkamah berkaitan hak lawatan anak.

Bagaimanapun, pada 31 Mac lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam menolak permohonan Fattah untuk memulakan prosiding komital terhadap bekas isterinya.

Namun, Fattah dilaporkan bakal memfailkan semula permohonan bagi mendapatkan kebenaran memulakan prosiding komital tersebut.


Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

HABIB Songket Collection

HABIB Songket Collection

Corolla Soft New Shoes

Corolla Soft New Shoes

SHEGLAM Glowchi Bouncy Highlighter

SHEGLAM Glowchi Bouncy Highlighter

POH KONG 999.9 Pure Yellow Gold 1/4 Dinar

POH KONG 999.9 Pure Yellow Gold 1/4 Dinar

ATLAS G5 HD Screen Macaron Handheld Game Console Mini Arcade 500 Game Charging Portable Game Players Game Box

ATLAS G5 HD Screen Macaron Handheld Game Console Mini Arcade 500 Game Charging Portable Game Players Game Box

Must-Watch Video

Advertisement