Skip to main content

Hiburan

Scammer Guna Alasan ‘Orang Dalam’ Jual Tiket Konsert BTS, Ini Respon Live Nation Malaysia

Astrogempak BTS

Sekilas

  • Pengarah Urusan Live Nation Malaysia, Paramananthan Rajagopal, mengesahkan wujudnya sindiket penipuan tiket konsert BTS yang menggunakan pelbagai taktik untuk menipu peminat.
  • Pihak penganjur faham kebimbangan peminat apabila tiket sah dibeli pada harga rendah tetapi dijual semula dengan harga tinggi dan tidak boleh discan di lokasi konsert.
  • Live Nation berharap kerajaan mengambil tindakan tegas untuk membendung penjualan tiket palsu dan akan menjalankan siasatan lanjut mengenai isu ini.

Pengarah Urusan Live Nation Malaysia, Paramananthan Rajagopal, menyedari isu penipuan tiket konsert kumpulan K-pop terkenal, BTS, yang semakin hangat diperkatakan di media sosial. 

Jelas Paramananthan, sindiket penipuan akan menggunakan pelbagai taktik untuk memperdaya peminat.

“Saya ada dengar mengenai masalah ini sebab sudah kecoh, tapi awak tahu scammers adalah scammers. Mereka akan buat apa sahaja untuk tipu anda.

“Mereka akan beri apa jua alasan untuk buat anda percaya kepada mereka termasuk menjadi orang dalam dan kata mereka ada tiket,” katanya.

Tambahnya, pihak penganjur memahami kebimbangan peminat terutama apabila ada individu mengambil kesempatan menjual semula tiket pada harga terlalu tinggi.

“Kami faham peminat selalu tidak selamat apabila scammers ni beli dengan harga RM500 tapi jual dengan harga RM2000.

“Kalau beli dan ia valid mungkin tak menjadi masalah tapi bila beli sampai lokasi tapi tak boleh scan memang jadi masalah,” ujarnya.

Menurut Paramananthan lagi, pihaknya berharap kerajaan dapat mengambil tindakan lebih tegas bagi membendung aktiviti penjualan tiket palsu dan penipuan dalam talian yang semakin berleluasa.

Pada masa sama, Paramananthan l turut memaklumkan bahawa pihaknya akan melihat dan menyiasat isu berkenaan dengan lebih lanjut.

“Sebab itu kami minta pihak kerajaan untuk lebih tegas mengenai perkara ini dan sama-sama membantu untuk menjalankan agenda Beli Tiket Selamat. 

“Tetapi saya akan melihat mengenai isu ini dan melakukan siasatan,” tambahnya lagi.

Terdahulu, media sosial kecoh apabila terdapat pihak mendakwa mereka sudah mempunyai tiket konsert jelajah BTS di Malaysia termasuk tiket bahagian VIP, meskipun urusan jual beli rasmi masih belum dibuka.

Dakwaan tersebut menimbulkan kebimbangan dalam kalangan peminat yang bimbang menjadi mangsa penipuan tiket palsu atau pembelian tidak sah.

Sekadar info, kumpulan sensasi Korea Selatan, BTS diumumkan bakal menemui peminat setianya di Malaysia menerusi siri jelajah BTS World Tour ‘ARIRANG’ pada 12 dan 13 Disember tahun ini. 

Konsert yang berlangsung selama dua hari itu akan diadakan di Stadium Nasional TM.

Anda mungkin berminat dengan

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

Must Watch Video

Advertisement