Skip to main content

Hiburan

“Saya Tidaklah Rasa Nak Kembali Dipuja Seperti Dahulu Tapi…” - Wany Hasrita Akui Perubahan Perjalanan Karier, Mahu Terus Beri Karya Terbaik

Wany Hasrita

Sekilas

  • Wany Hasrita mengakui karier seninya kini tidak lagi di puncak populariti seperti ketika memenangi Bintang Paling Popular 2018.
  • Dia tetap bersyukur kerana masih aktif menerima tawaran nyanyian dan fokus menghasilkan lagu yang disukai pendengar.
  • Wany menafikan dirinya tenggelam dalam industri dan menjelaskan perubahan sokongan peminat disebabkan ramai yang kini sudah berkeluarga.

Pernah dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular pada 2018, penyanyi Wany Hasrita mengakui perjalanan karier seninya kini tidak lagi berada pada tahap kemuncak. 

 

Menyedari setiap anak seni pasti melalui fasa turun naik populariti, namun Wany atau nama sebenarnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah tetap bersyukur kerana masih aktif menerima tawaran nyanyian sehingga hari ini.

 

Tambah penyanyi lagu Menahan Rindu itu, dia tidak lagi meletakkan harapan untuk kembali berada di puncak populariti seperti dahulu, sebaliknya lebih selesa jika karya yang dihasilkan terus mendapat tempat di hati pendengar.

 

“Mungkin ada yang kata saya masih ada saja, tapi untuk saya yang pernah menang Bintang Paling Popular 2018, saya rasa sangat berbeza la dengan sekarang. 

 

“Sudah tentu saya faham, memang adatnya kadang-kadang ada naik, ada turun. Saya masih sukakan industri ini. Saya masih cuba nak memberikan lagu yang baik dalam industri ini. 

 

“Jadi, saya tidaklah rasa nak kembali dipuja seperti dahulu. Tidak, tetapi as long as lagu saya masuk carta RIM dan orang nampaklah, okey lagu baru Wany,” kongsinya. 

 

Wany ditemui ketika di majlis pelancaran lagu terbaharunya, Lembayung Tari yang diadakan di Universal Music Malaysia, Petaling Jaya pada Rabu. 

 

Dalam masa sama, Wany menolak tanggapan kononnya dia semakin tenggelam dalam industri kerana jadual seninya masih padat dengan persembahan.

 

Menurut Wany lagi, perubahan fasa kehidupan peminat yang kini kebanyakannya sudah berkeluarga turut memberi kesan kepada corak sokongan berbanding sebelum ini.

 

“Jadi, kalau nak tanya saya, saya sangat rasa… nak kata tenggelam sangat tu, saya tak rasa tenggelam sebab Alhamdulillah saya masih ada, orang panggil saya nyanyi, like almost every week, setiap bulan saya ada show. 

 

“Cumanya dia punya momentum tidak macam dahulu. Tapi saya faham juga dahulu, saya punya fans sekarang dah ada anak. Sama macam saya, ada anak, dah tak turun dah kan. 

 

“Nak kongsi dekat media sosial pun dah malas la, anak tengah nangis. So sekarang saya rasa kita nak kita pikat gen z ni punya dan cubalah sedaya upaya selain, saya memberikan lagu yang baik untuk pendengar semua,” ujarnya. 

Anda mungkin berminat dengan

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

Must-Watch Video

Advertisement