Skip to main content

Hiburan

“Saya Tak Boleh Komen Banyak, Itu Rumah Umi & Ayah Saya” - Aliff Aziz

Aliff Aziz

Sekilas

  • Aliff Aziz memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai dakwaan wajah bekas isterinya, Bella Astillah, ditutup dalam beberapa foto keluarga yang digantung di rumah ibu bapanya.
  • Aliff menegaskan bahawa hiasan tersebut adalah hak ibu bapanya dan dia tidak mahu mencampuri urusan tersebut sambil menekankan fokusnya kini adalah memperbaiki diri dan kerjaya.
  • Bella Astillah dan Aliff Aziz pernah berkahwin, bercerai dua kali, dan kini Bella bertunang dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq.

Penyanyi dan pelakon Singapura, Aliff Aziz memilih untuk tidak memberikan sebarang komen lanjut berhubung dakwaan keluarnya yang menutup wajah bekas isteri, Bella Astillah di beberapa foto keluarga.

Menurut Aliff, dia juga memilih untuk tidak mencampuri sebarang urusan tersebut memandangkan hiasan tersebut digantung di kediaman ibu dan bapanya.

“Sekali lagi, ini adalah perkara yang saya rasa tak sesuai untuk dikongsi. Itu adalah rumah mak ayah saya, terpulanglah kepada mereka apa hiasan yang mereka nak letak dalam rumah.

“Umi (ibu) saya bukan sengaja, masa itu tengah buat reviu makan dan mungkin ramai orang yang ada masa untuk ‘freeze frame’ dan sebagainya.

“Saya tak boleh komen banyak fasal dalam rumah mak ayah saya,” katanya kepada Gempak.

Aliff atau nama lengkapnya berkongsi perkara tersebut ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri iQIYI bertempat di Andaman Grand Hall, Kuala Lumpur pada Selasa.

Sementara itu, pelantun lagu Amarah Cinta ini memilih untuk tidak terlalu memikirkan sebarang komen negatif yang dikhuatiri boleh mengganggu fokusnya terhadap kerjaya dan memperbaiki diri.

“Setiap orang ada persepsi masing-masing. Kalau saya nak buat sesuatu dalam hidup mengikut kata orang, maka saya akan berada di tahap itu sahaja.

“Saya sudah melakukan banyak perkara bodoh dalam hidup saya. Jadi sekarang ini saya perlu fokus untuk perbaiki diri,” katanya.

Terdahulu, tular satu video memaparkan beberapa keping gambar keluarga yang tergantung di kediaman ibu bapa Aliff di Singapura.

Walau bagaimanapun, lain yang diperhatikan warganet yang mendakwa wajah bekas isteri Aliff iaitu Bella Astillah telah ditutup.

Perkara itu mendapat respon daripada netizen yang rata-ratanya menganggap perbuatan itu sebagai keterlaluan.

Untuk rekod, Bella Astillah pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz pada 9 September 2016.

Mereka kemudiannya bercerai pada 16 Mei 2019 namun rujuk kembali, sebelum bercerai buat kali kedua pada Mac 2024.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna.

Bella kemudiannya mengikat tali pertunangan dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq pada 28 Mac lalu.

Anda mungkin berminat dengan

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

TNW S30 Selfie Stick Tripod 3 in 1 Quadrapod Wireless Selfie Stick Bluetooth Remote 360° Phone Tripod Stand with Light

TNW S30 Selfie Stick Tripod 3 in 1 Quadrapod Wireless Selfie Stick Bluetooth Remote 360° Phone Tripod Stand with Light

Nike Club T-Shirt - Black

Nike Club T-Shirt - Black

[BARU RESTOCK] Dr Cardin Drift Ballet Ladies Comfort Sneaker / MaryJanes L-RQA-3826 Kasut Bella Astillah *READY STOCK

[BARU RESTOCK] Dr Cardin Drift Ballet Ladies Comfort Sneaker / MaryJanes L-RQA-3826 Kasut Bella Astillah *READY STOCK

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

Must-Watch Video

Advertisement