Skip to main content

Hiburan

“Saya Sudah Bercerai, Baru Selesai Tempoh Idah” - Sharifah Aleya

Sharifah Aleya

Sekilas

  • Sharifah Aleya mengumumkan dia kini sah bercerai dengan suaminya, Mohammed Azam Abdullah, melalui perkongsian di Instagram.
  • Aleya dan anak-anaknya berada dalam keadaan baik dan saling menyokong selepas melalui fasa perceraian tersebut.
  • Perkahwinan kedua Aleya bermula pada Januari 2013 dan dikurniakan dua cahaya mata, manakala perkahwinan pertamanya menghasilkan anak kembar berusia 17 tahun.

Pelakon dan penyampai radio, Sharifah Aleya memaklumkan dia kini tidak lagi memegang status sebagai isteri orang selepas sah bercerai dengan suaminya, Mohammed Azam Abdullah.

Berita itu dikongsikan sendiri Aleya nama sebenarnya Sharifah Aleya Syed Zainal Rashid Al-Yahya menerusi satu perkongsian di Instagram.

Walau bagaimanapun, anak kepada pelakon Fatimah Abu Bakar ini tidak berkongsi secara terperinci mengenai tarikh sebenar perceraiannya dengan bekas suami.

"Assalamualaikum, video reel (Instagram) ini merupakan kompilasi kenangan yang dirakam dan dikongsi sejak November 2025. Saya kongsikan hari ini kerana hari ini menandakan berakhirnya tempoh idah saya. 

"Saya kini sah bercerai. Alhamdulillah," kongsinya.

Berkongsi lanjut, Aleya memaklumkan bahawa perkongsian itu dibuat bagi mengelakkan berlakunya fitnah pada masa akan datang.

Dalam masa yang sama, Aleya memaklumkan bahawa dia dan anak-anak berada dalam keadaan yang baik selepas melalui fasa perceraian.

"Kami dalam keadaan baik dan saling menyokong antara satu sama lain mengharungi fasa ini. 

"Alhamdulillah, kami mempunyai sistem sokongan yang sangat luar biasa. Terus melangkah ke hadapan, anak-anak kesayangan ibu. 

"Insya-Allah. Jika anda tidak keberatan, selitkanlah nama saya dan anak-anak dalam doa kalian. Semoga Allah memudahkan segala urusan dan mengampuni kami," kongsinya lagi. 

Untuk rekod, Aleya dan Miko sah bergelar suami isteri pada Januari 2013 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ali Abdullah, 11, dan Ahyan Abdullah, 9. 

Sekadar info, ini merupakan perkahwinan kali kedua Aleya apabila bercerai dengan suami pertamanya, Muhd Ashraf selepas lima tahun perkahwinan.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan anak kembar iaitu Aza Ameena dan Asha Ameena, 17.

Sumber: Instagram

Anda mungkin berminat dengan

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

POP MART CRYBABY Pendant

POP MART CRYBABY Pendant

Rendang Nyet Berapi Khairul Aming (Buy 5 FREE 1)

Rendang Nyet Berapi Khairul Aming (Buy 5 FREE 1)

Medicube Toner Pad Set

Medicube Toner Pad Set

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

Must-Watch Video

Advertisement