Skip to main content

Viral

"Saya Sayangkan Awak Kerana Allah" - Fattah Amin Titip Ucapan Romantis Sempena Hari Jadi Amira Othman

fattah_amira

Pelakon Fattah Amin sekali lagi mencuri perhatian warganet dengan ucapan romantik sempena hari lahir isterinya, Amira Othman, yang disapa dengan panggilan mesra Isteri Syurga.

Menerusi perkongsian di Instagram, Fattah memuat naik beberapa keping foto Amira yang anggun berhijab, antaranya ketika berada di hadapan masjid ikonik Sheikh Zayed Grand Mosque di Abu Dhabi.

Advertisement

“Selamat hari lahir Isteri Syurgaku Nadia Amira Binti Othman. Semoga di hari kelahiran tahun serba baru, bersama mahligai yang baru kita bina ini, membuatkan diri mu terus kuat menempuh hari hujan dan panas serta tidak tahu panjang atau pendek perjalanannya.

"Tapi suamimu ini akan sentiasa mendoakan yang baik-baik sahaja buat dirimu berada di bawah perlindunganNya…” tulis Fattah.

Fattah turut menambah bahawa dirinya amat menyayangi isteri tercinta kerana Allah, serta berdoa agar Amira terus diberi kesihatan, rezeki dan keberkatan hidup.

“Saya sayangkan awak kerana Allah dan Allah sahaja yang tahu saya menyayangimu,” tambahnya penuh romantik disertakan emoji hati biru.

Perkongsian manis itu mendapat ribuan tanda suka serta komen positif daripada rakan artis dan peminat yang turut mengucapkan selamat hari lahir buat Amira.

Must-Watch Video

Advertisement