Skip to main content

Berita Tempatan

"Saya Menangis... Rasa Kasihan Sangat" - Bella Astillah Korbankan 'Call Time' Demi Permintaan Istimewa Ayden

Astro Gempak bella ayden

Sekilas

  • Bella Astillah terpaksa melanggar jadual ‘call time’ penggambaran muzik video lagu raya demi memenuhi permintaan anak sulungnya, Ayden, yang mahu dihantar ke sekolah oleh ibunya sendiri.
  • Permintaan Ayden yang berusia sembilan tahun itu membuatkan Bella tersentak dan sedar sudah lama tidak meluangkan masa pagi bersama anaknya.
  • Bella baru-baru ini melancarkan lagu raya solo pertamanya berjudul Ya Raya, hasil kerjasama dengan Universal Music Malaysia dan Fipper, dengan muzik video akan ditayangkan di YouTube.

Penyanyi dan pelakon Bella Astillah mengakui buat pertama kali terpaksa melanggar jadual ‘call time’ demi memenuhi permintaan anak sulungnya, Ayden Adrean.

Menurut Bella, 32, momen tersebut berlaku ketika dia sedang terlibat dengan penggambaran muzik video lagu raya bersama Fippers di Janda Baik, Pahang.

Permintaan Ayden yang berusia sembilan tahun itu cukup menyentuh hati apabila menyuarakan hasrat untuk dihantar ke sekolah oleh ibunya sendiri.

“Ketika penggambaran muzik video lagu raya bersama Fippers di Janda Baik, Pahang baru-baru ini, saya lambat selama dua jam.

“Memang terpaksa lambat. Pertama kalinya, Ayden hubungi saya pada hari sebelum dan bertanya sama ‘mummy apa perancangan awak esok?’

“Kemudian saya jawab ada penggambaran muzik video tetapi dia minta saya hantar ke sekolah sebab katanya sudah lama tidak melakukan perkara tersebut,” katanya kepada media ketika ditemui pada majlis pelancaran lagu rayanya yang berjudul Ya Raya baru-baru ini.

Bella mengakui permintaan tersebut membuatkan dirinya tersentak dan tersedar bahawa sudah lama tidak meluangkan waktu pagi bersama anaknya.

“Bella menangis dan rasa kasihan sangat dengan Ayden sebelum minta izin dengan pihak Fipper untuk datang lambat. Terima kasih kepada Fipper sebab faham situasi tersebut.

“Saya hantar bukan hanya di depan sekolah tetapi sampai ke kelas. Satu momen yang tak akan dilupakan sebab memang dia tiba-tiba minta.

“Dari momen tersebut, saya tersedar yang jadual kerja terlalu sibuk sebab ‘call time’ selalunya pada waktu pagi sehingga jarang hantarnya ke sekolah,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Bella turut melancarkan lagu raya solo pertamanya berjudul Ya Raya, hasil kerjasama Universal Music Malaysia bersama Fipper.

Muzik video rasmi lagu tersebut dijadualkan ditayangkan menerusi platform YouTube.

Anda mungkin berminat dengan

Unisex Shoe insole shoes men Shoe padding Tapak Kasut Dalam Pelapik Kasut Shoe insole arch support 鞋垫防痛久站

Unisex Shoe insole shoes men Shoe padding Tapak Kasut Dalam Pelapik Kasut Shoe insole arch support 鞋垫防痛久站

( Limited Offer ) Dr. Macio 8" 10" & 5" Synthetic Latex Single /S.Single /Queen /King Size Mattress Tilam (Free Pillow)

( Limited Offer ) Dr. Macio 8" 10" & 5" Synthetic Latex Single /S.Single /Queen /King Size Mattress Tilam (Free Pillow)

JINTOHO Waterproof Winter Men Boots Original Leather Warm Snow Women Boots Men Work Casual Shoes 2024 High-top Non-slip Ankle Boots

JINTOHO Waterproof Winter Men Boots Original Leather Warm Snow Women Boots Men Work Casual Shoes 2024 High-top Non-slip Ankle Boots

ELGINI E16312 Seluar Kasual Wanita Potongan Longgar S-XXL | Women’s Loose-Fit Casual Pants

ELGINI E16312 Seluar Kasual Wanita Potongan Longgar S-XXL | Women’s Loose-Fit Casual Pants

GOOJODOQ Switch Magnetic Suction High Sensitivity Stylus Touch Pen

GOOJODOQ Switch Magnetic Suction High Sensitivity Stylus Touch Pen

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Setting Spr-ay [100ml x1 / x2, 200ml x1, 34ml x2, Matte 100ml]

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Setting Spr-ay [100ml x1 / x2, 200ml x1, 34ml x2, Matte 100ml]

Must-Watch Video

Advertisement