Skip to main content

Selebriti

“Saya Dulu Hanya Dapat 1A Untuk SPM Tapi…” - Pin Yang Pesan Jangan Putus Asa, Netizen Ucap Terima Kasih Beri Semangat

Pinn Yang SPM

Sekilas

  • Pinn Yang kongsi pengalaman peribadi tentang keputusan SPM yang kurang memberangsangkan dan bagaimana ia tidak menentukan masa depan.
  • Beliau menasihatkan golongan muda supaya tidak mudah putus asa hanya kerana keputusan peperiksaan.
  • Pinn Yang tekankan pentingnya usaha, cari minat, dan pelajari kemahiran baru untuk ubah masa depan.

Personaliti media sosial, Pinn Yang, tampil memberikan nasihat dan kata-kata semangat buat golongan muda agar tidak mudah berputus asa hanya kerana keputusan peperiksaan.

Menerusi perkongsian di platform Threads, Pinn Yang mendedahkan bahawa dia juga pernah melalui fasa kurang keyakinan diri selepas memperoleh keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang kurang memberangsangkan.

“Saya dulu hanya dapat 1A untuk SPM. Rasa seperti ketinggalan dalam hidup. Tetapi bila difikirkan semula… itu sebenarnya hanyalah garisan permulaan,” kongsinya.

Bagaimanapun kata Pinn Yang, apa yang penting bukanlah keputusan semata-mata, tetapi usaha untuk mengubah masa depan itu harus lebih bersemangat.

“Apa yang kita lakukan selepas itu yang lebih penting. Cari minat, pelajari kemahiran baharu dan mula bertindak,” coretnya.

Sumber: Threads @pinn_yang

Anda mungkin berminat dengan

HABIB Songket Collection

HABIB Songket Collection

Corolla Soft New Shoes

Corolla Soft New Shoes

POH KONG 999.9 Pure Yellow Gold 1/4 Dinar

POH KONG 999.9 Pure Yellow Gold 1/4 Dinar

SHEGLAM Glowchi Bouncy Highlighter

SHEGLAM Glowchi Bouncy Highlighter

My Ballerine Jenny Comfy Sandals

My Ballerine Jenny Comfy Sandals

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement