Skip to main content

Hiburan

Satu Rumah Berkumpul Depan TV, Penangan ‘Dendam Seorang Mentua’ Memang Luar Biasa - “Terima Kasih DSM Mengeratkan Hubungan Kami Sekeluarga”

Astro Gempak 522

Sekilas

  • Fenomena drama Dendam Seorang Mentua menarik perhatian ramai apabila sebuah video menunjukkan keluarga berkumpul menonton drama ini bersama-sama.
  • Drama ini mengisahkan Sofia yang dikhianati dan membalas dendam dengan mengahwini bapa bekas kekasihnya, menampilkan pelakon popular seperti Tracie Sinidol, Aaron Aziz, dan Yusry Abdul Halim.
  • Dendam Seorang Mentua disiarkan setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 6 petang di Astro Prima dan boleh distrim melalui Astro GO serta Sooka.

Fenomena drama Dendam Seorang Mentua terus mencetuskan perhatian ramai apabila sebuah video memaparkan sebuah keluarga berkumpul beramai-ramai di hadapan televisyen untuk menonton drama tersebut.

Menerusi perkongsian seorang pengguna di Threads, kelihatan ahli keluarganya duduk bersusun di ruang tamu sambil khusyuk mengikuti episod drama berkenaan.

“Thank you DSM mengeratkan lagi hubungan kami sekeluarga,” tulisnya di kapsyen. 

Perkongsian itu turut mengundang pelbagai reaksi netizen yang mengakui mereka juga tidak pernah melepaskan peluang mengikuti drama yang kini menjadi bualan ramai itu.

Sejak mula ditayangkan, Dendam Seorang Mentua berjaya mencuri perhatian penonton menerusi jalan cerita sarat konflik, emosi dan dendam yang berakar dalam institusi kekeluargaan.

Drama terbitan  Astro itu menampilkan penampilan sulung Tracie Sinidol dalam slot Tiara Astro menerusi watak Sofia, seorang wanita berperwatakan lembut namun menyimpan dendam yang membara.

Turut membintangi naskhah tersebut ialah Chacha Maembong sebagai Harlina dan Hariz Hamdan sebagai Hariz yang menjadi punca kepada konflik besar dalam hidup Sofia.

Drama itu turut menyaksikan gandingan pertama dua bintang terkenal tanah air iaitu Aaron Aziz sebagai Karl dan Yusry Abdul Halim yang membawakan watak Datuk Muzaffar.

Selain itu, Intan Ladyana turut kembali menghiasi kaca televisyen menerusi watak Yasmin yang merupakan orang kanan kepada Datuk Muzaffar.

Mengangkat tema pengkhianatan dan balas dendam, drama tersebut mengisahkan Sofia yang dikhianati kekasih serta sahabat baiknya sehingga dipenjarakan atas jenayah yang tidak dilakukannya.

Selepas dibebaskan, Sofia bangkit membalas dendam dengan mengahwini Datuk Muzaffar, bapa kepada bekas kekasihnya, sekali gus mencetuskan konflik baharu yang lebih rumit.

Dendam Seorang Mentua kini bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 6 petang di Astro Prima serta boleh distrim menerusi Astro GO dan Sooka.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

PERFUME PARADISE EXCLUSIVE HQ SPECIAL EDITION FOR HER FOR HIM 30ML ORIGINAL HQ

PERFUME PARADISE EXCLUSIVE HQ SPECIAL EDITION FOR HER FOR HIM 30ML ORIGINAL HQ

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

Maybelline Fit Me Concealer - Oil Free, Natural Coverage, Lightweight Formula with Natural-Looking Coverage for Flawless

Maybelline Fit Me Concealer - Oil Free, Natural Coverage, Lightweight Formula with Natural-Looking Coverage for Flawless

adidas Football Manchester United 25/26 Pre Match Jersey Men Black KA6419

adidas Football Manchester United 25/26 Pre Match Jersey Men Black KA6419

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

BLANK PERFUME CAR FRESHENER 🔥ORIGINAL🔥 READY STOCK Manees Car Perfume QISH PARFUM QIS

BLANK PERFUME CAR FRESHENER 🔥ORIGINAL🔥 READY STOCK Manees Car Perfume QISH PARFUM QIS

Must Watch Video

Advertisement