Sekilas
- Seorang ibu di China menggunakan mesin jahit lama yang dikayuh anaknya untuk membantu fokus ketika buat kerja sekolah di rumah.
- Kaedah unik ini berjaya membuatkan anaknya lebih tenang dan mampu beri tumpuan lebih lama semasa belajar.
- Perkongsian ini mencetuskan perdebatan netizen tentang pendekatan kreatif dalam mendidik anak, dengan sesetengahnya menyokong dari sudut kesihatan dan psikologi.
Seorang ibu mencuri perhatian netizen selepas menggunaan cara unik untuk membantu anak lelakinya kekal fokus ketika menyiapkan kerja sekolah.
Menurut laporan media South China Morning Post, kanak-kanak itu dikatakan sukar memberi tumpuan ketika belajar di rumah.
Bagi mengatasi masalah tersebut, ibunya mengambil keputusan memindahkan mesin jahit lama milik nenek kanak-kanak itu ke ruang belajar dan membenarkan anaknya mengayuh mesin tersebut sambil menulis.
Kaedah luar biasa itu ternyata berhasil apabila kanak-kanak tersebut mampu memberi fokus lebih lama selain kelihatan lebih tenang sepanjang sesi pembelajaran.
Perkongsian itu kemudian mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen mengenai pendekatan kreatif dalam mendidik anak-anak.
Ada yang berpendapat kaedah tersebut mempunyai logik tersendiri dari sudut kesihatan dan psikologi.
Menurut sesetengah pengguna media sosial, pergerakan berulang seperti mengayuh mampu membantu merangsang otak selain menenangkan kanak-kanak yang sukar duduk diam.