Skip to main content

Hiburan

Bapa Erysha Emyra Meninggal Dunia

Astrogempak D4vd

Sekilas

  • Datuk Zakaria Abdul Rahman, bapa pelakon Erysha Emyra, telah meninggal dunia pada Jumaat.
  • Berita kematian itu diumumkan oleh abangnya, Naveer Mishon, melalui Instagram Stories.
  • Jenazah akan disemadikan di Tanah Perkuburan Kemensah selepas solat Subuh pada pagi esok.

Bapa kepada pelakon Erysha Emyra iaitu Datuk Zakaria Abdul Rahman dilaporkan telah menghembuskan nafas terakhirnya pada Jumaat. 

Berita sedih itu dimaklumkan sendiri oleh abangnya, Naveer Mishon menerusi satu perkongsian di Instagram Stories (IGS).

"Salam semua. Ayah saya Datuk Zakaria Abdul Rahman baru sahaja menghembuskan nafas terakhirnya pada petang tadi,” tulisnya.

Menerusi perkongsian sama, Naveer turut memaklumkan bahawa jenazah arwah bapanya akan disemadikan esok pagi di Tanah Perkuburan Kemensah.
 

"Jenazah akan dibawa ke rumah kediaman almarhum No.7, Jalan 7a, Kemensah Heights. 

"Jenazah akan disolatkan besok pagi selepas solat subuh. Jenazah akan dikebumikan esok pagi di Tanah Perkuburan Kampung Kemensah pukul 9 pagi esok," tambahnya. 

Terdahulu, Erysha Emyra memohon doa orang ramai buat bapanya, Zakaria Abdul Rahman yang kini berada dalam keadaan kritikal di unit rawatan rapi (ICU).

Anda mungkin berminat dengan

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

Must Watch Video

Advertisement