Skip to main content

Berita Tempatan

Satu Malaysia Boleh Tengok! Majlis Nikah Fattah Amin & Amira Othman Disiar Secara Langsung 14 September Ini!

Fattah_Amira

Unifi TV bakal menayangkan secara eksklusif majlis ijab kabul pasangan selebriti popular, Fattah Amin dan Amira Othman, pada 14 September 2025, jam 8.00 malam menerusi aplikasi Unifi TV 2.0 di Saluran Inspirasi (Saluran 118).

Majlis bersejarah ini dijangka menjadi sorotan utama industri hiburan tanah air, mempertemukan dua bintang besar dalam suasana penuh romantis dan bermakna. 

Advertisement

Menurut pihak penganjur, eksklusiviti ini diberikan kerana pasangan tersebut mempunyai populariti luar biasa serta hubungan yang istimewa dengan peminat.

Fattah, ketika pengumuman rasmi perkahwinan mereka pada pelancaran lagu Rasa Takdir nyanyian Amira bersama Irfan Haris, menzahirkan keterujaannya.

“Kami ingin menjemput semua untuk menyaksikan secara langsung majlis pernikahan kami, Setulus Takdir: Fattah Amira, eksklusif hanya di aplikasi Unifi TV 2.0,” katanya.

Amira turut menambah; “Jangan risau, seluruh rakyat Malaysia boleh menonton secara percuma. Persiapan sedang giat dijalankan dan kami mohon doa semua agar segalanya dipermudahkan serta berjalan lancar".

Selain siaran langsung majlis pernikahan, penonton turut disajikan dengan dokumentari 10 episod berjudul Setulus Takdir: Fattah Amira, yang mula ditayangkan pada 8 September 2025. 

Dokumentari ini merakamkan perjalanan cinta pasangan tersebut sejak detik perkenalan hingga ke hari mereka disatukan.

Dengan kandungan istimewa ini, Unifi TV sekali lagi mengukuhkan peranan sebagai platform hiburan tempatan yang bukan sekadar menyajikan hiburan berkualiti, tetapi juga meraikan kisah kehidupan, budaya dan nilai yang dekat di hati rakyat Malaysia.

Butiran Siaran:
Tarikh: 14 September 2025 (Ahad)
Masa: 8.00 malam
Saluran: Aplikasi Unifi TV 2.0 | Saluran Inspirasi (118)

Cara Menonton Secara Percuma:

  1. Muat turun aplikasi Unifi TV 2.0 di Apple App Store atau Google Play Store.
  2. 2. Daftar akaun baharu atau log masuk menggunakan Unifi ID sedia ada.
  3. 3. Tonton siaran langsung di Saluran Inspirasi (118).
  4. Muat turun aplikasi di pautan berikut: https://onelink.to/uniftv

Untuk maklumat lanjut, layari: unifi.com.my/tv

Must-Watch Video