Skip to main content

Hiburan

Sasha Abdul Aziz Kongsi Perubahan Positif Anak Selepas Seminggu Tanpa Gajet

Astro Gempak 2

Sekilas

  • Sasha Abdul Aziz mengambil keputusan untuk hentikan penggunaan gajet di rumah demi kawal perkembangan emosi anak-anaknya.
  • Selepas seminggu tanpa gajet, anak-anak Sasha dilihat lebih ceria dan mudah bergaul dengan orang sekeliling.
  • Anak perempuannya, Isabella, bertanya sama ada boleh guna gajet semula bila dewasa, dan Sasha jawab mungkin pada usia 15 tahun.

Pempengaruh dan usahawan, Sasha Abdul Aziz mengambil keputusan drastik menghentikan terus penggunaan gajet di rumah demi mengawal perkembangan emosi anak-anaknya.

Menurut Sasha, keputusan tersebut dibuat selepas dia menyedari perubahan sikap anak-anak yang semakin membimbangkan.

“Saya buat keputusan untuk membesarkan anak-anak saya tanpa gajet. Sejujurnya ini keputusan besar yang saya ambil tujuh hari lalu, sebab sebelum ini memang saya benarkan mereka guna gajet.

“Tapi saya mula perasan mereka jadi mudah marah dan kadang-kadang bercakap dengan nada yang kurang sopan,” katanya.

v  fv f

Tambahnya, selepas seminggu tanpa gajet, dia melihat perubahan positif terhadap dua cahaya matanya itu.

“Alhamdulillah, sekarang sudah masuk hari ketujuh mereka tanpa sebarang gajet. Mereka jauh lebih ceria dan yang paling penting, dapat bergaul dengan orang sekeliling dengan baik,” ujarnya.

Dalam pada itu, Sasha turut berkongsi reaksi anak perempuannya, Isabella yang bertanyakan sama ada dia boleh mendapatkan semula gajet apabila dewasa kelak.

“Isabella tanya sama ada dia boleh dapatkan semula gajet bila dah dewasa. Saya jawab, boleh tapi mungkin pada usia 15 tahun nanti,” katanya.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

Crystal Jar 3 4 6Pcs Set Bekas Plastic Kuih Raya Luxury with Metal Tray

Crystal Jar 3 4 6Pcs Set Bekas Plastic Kuih Raya Luxury with Metal Tray

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

Sambal Bilis Rangup (200gram)

Sambal Bilis Rangup (200gram)

DLEQA Merona Kurung Sulam Minimilast with Drapping Skirt Hidden pocket with Fully Lining (set wanita)

DLEQA Merona Kurung Sulam Minimilast with Drapping Skirt Hidden pocket with Fully Lining (set wanita)

Kurta A Bulan Bintang 2026 (NEW) Regular Fit 2

Kurta A Bulan Bintang 2026 (NEW) Regular Fit 2

Must-Watch Video

Advertisement