Gosip mengenai penyanyi terkenal Indonesia, Raisa bakal bercerai dengan suami, Hamish Daud akhirnya menjadi berita sahih.
Advertisement
Penyanyi Mantan Terindah itu dilaporkan rasmi memfailkan perceraian di Pengadilan Agama Jakarta Selatan pada 22 Oktober seperti disahkan oleh peguamnya, lapor Detik.com.
Namun ada cerita tak enak di sebalik punca Raisa, 35, mahu bercerai dengan Hamish.
Salah satu sebab yang menjadi bualan hangat netizen di media sosial adalah Raisa merupakan seorang isteri provider atau menanggung kehidupan suaminya selama lebih tujuh tahun berkahwin.
Menerusi komen seorang pengguna media sosial, keluarga juga tidak merestui Raisa berkahwin dengan model tersebut namun penyanyi itu meneruskan hasrat menikah dengan Hamish.
“Ini cakap-cakap yang beredar daripada grup WhatsApp ibunya Raisa.
“Ada kenyataan yang mendakwa Hamish tidak ada duit. Dia hanya menumpang hidup, tumpang terkenal. Semuanya ditanggung Raisa,” tulis seorang netizen seperti dilaporkan InsertLive.
Raisa atau nama sebenarnya, Raisa Andriana dan Hamish Daud menikah pada 3 September 2017 di Jakarta. Dari pernikahan itu, keduanya dikaruniai seorang anak perempuan bernama Zalina Raine Wyllie pada 2019.
Sepanjang berumah tangga, pasangan sama cantik sama padan ini sering menjadi idola dan tidak pernah diterpa masalah sehingga Raisa digosipkan mahu bercerai.