Skip to main content

Hollywood

Ronan Keating Bocorkan Boyzone Akan Reunion

ronan

Boyzone pernah menjadi salah satu grup lelaki paling legenda pada zaman kegemilangan mereka.

Dan salah seorang anggotanya yang cukup digilai ramai, Ronan Keating memberi harapan buat peminat apabila mendedahkan Boyzone akan kembali bersatu atau renunion.

Advertisement

Menerusi temu bual bersama Scott Mills Breakfast Show di BBC Radio 2, Ronan memberitahu dia dan anggota Boyzone yang lain ada bercakap mengenai untuk kembali satu panggung.

“Secara jujurnya kami memang ada berbicara tentang karier 30 tahun Boyzone yang cukup luar biasa.

“Dan mungkin kami mahu akhirinya dengan pengakhiran yang menarik,” katanya seperti dilaporkan Yahoo!.

Ronan, 48, yang juga merupakan salah seorang pengasas grup yang ditubuhkan pada tahun 1993 bersama Keith Duffy, Mikey Graham, Shane Lynch dan mendiang Stephen Gately tidak menolak anggota yang masih ada mungkin akan melakukan reunion pada tahun 2026.

Semua kisah dan rencana mereka juga ‘dibentangkan’ dalam dokumentari mini, 
Boyzone: No Matter What.

“Dan baru-baru ini kami ada berfikir tentang Boyzone akan kembali melakukan sesuatu (reunion) pada tahun 2026,” katanya lagi.

Grup yang popular dengan lagu When You Say Nothing At All, Picture of You dan No Matter What itu pertama kali berpecah pada tahun 2000 dengan ada anggotanya meneruskan karier solo.

Boyzone kemudian kembali bergabung pada 2007 sebelum mengucapkan ‘selamat tinggal menerusi konsert jelajah sekitar tahun 2018 dan 2019.

Must-Watch Video

Advertisement