Skip to main content

Hiburan

“Road To 48KG…” - Netizen Kagum! Liyana Jasmay Kongsi Rutin Pemakanan Rendah Kalori

Liyana Jasmay

Pelakon dan pengarah, Liyana Jasmay kembali menjadi perhatian netizen selepas  berkongsi rutin pemakanannya.

Menerusi satu hantaran di Threads, Liyana Liyana berkongsi menu makan tengah harinya sebagai satu usaha untuk menurunkan berat badannya.

“Low-calorie lunch, tuna salad dengan greek yogurt dan sedikit mayonis. Saya goreng the wrap jenama mission supaya jadi crunchy untuk makan with tuna and cili padi for kick. I only drink water. #RoadTo48KG,” tulisnya.

Dalam perkongsian sama, pelakon filem Papadom itu turut mendedahkan berat badannya ketika ini masih belum mencapai sasaran yang diimpikan.

“Belum lagi, masih 53kg,” balas Liyana kepada seorang netizen.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat kagum melihat usaha Liyana untuk menurunkan berat badannya.

“Looks delicious! All the best!!

"Simple tapi sedap.

“Omaigadddd 48kg , so kurusss jelesss.

“#Roadto48kg too,” komen netizen.
 

Must-Watch Video

Advertisement