Sekilas
- Bella Astillah bersyukur hasil jualan kuih raya keluarannya berjaya disalurkan kepada sebuah rumah anak yatim.
- Usaha kecil ini membawa makna besar buat Bella apabila dapat berkongsi rezeki dengan golongan memerlukan.
- Perkongsian Bella mendapat pujian ramai atas keprihatinan dan sikapnya yang sentiasa ingat untuk buat kebaikan.
Pelakon dan penyanyi Bella Astillah meluahkan rasa syukur apabila hasil jualan kuih raya keluarannya berjaya disalurkan kepada sebuah rumah anak yatim.
Menerusi perkongsian di media sosial, Bella berkata usaha kecil itu membawa makna yang cukup besar buat dirinya, lebih-lebih lagi apabila dapat berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan.
“Alhamdulillah 🤍 Dari dapur Bella ke hati yang memerlukan🥹. Hasil jualan kuih raya Bella x Anchor Butter telah disalurkan kepada rumah anak yatim.
“Sedikit usaha, besar maknanya. Terima kasih atas setiap sokongan yang diberi,” kongsinya.
Perkongsian tersebut meraih perhatian ramai yang memuji keprihatinan Bella serta tersentuh dengan sikapnya yang tidak pernah lupa untuk berkongsi rezeki dengan golongan memerlukan.
“Fly high, dear Bella. Keep doing good walaupun maybe seribu orang membenci mu. Always remember, masih ramai yang akan sayang dan support kamu.🤍 Jangan pernah stop buat kebaikan. InshaAllah, semua kebaikan tu akan berbalik pada kamu. Stay happy always with your beloved. May happiness always find its way to you.
“Yeay, Bella memilih untuk jadi orang baik. Semua kesabaran Bella tu Allah tidak sia-siakan Bella. Semoga Allah melindungi Bella sekeluarga Amin.
“Masha Allah Bella. Semoga Bella dmurahkan rezeki, disihatkan tubuh badan dan kahwin soon. Love you and take care always,” komen beberapa wargamaya.
Sumber - Threads