Sekilas
Pelakon dan pengarah Indonesia, Reza Rahadian tidak menolak kemungkinan untuk bekerjasama dengan pengarah tersohor, Erma Fatima, dalam karya akan datang.
Kesediaan itu diakui Reza sendiri selepas Erma secara spontan bertanyakan soalan ketika sidang media tayangan perdana filem Pangku di TGV Pavilion Bukit Jalil, malam Rabu.
“Bila saya boleh memangku kamu… di dalam pangkuan karya saya? Saya tunggu saya,” soal Erma di hadapan para media.
Terkejut dengan pertanyaan itu, Reza membalas dia terbuka dengan tawaran tersebut.
“Langsung ditanya ramai orang ini, saksinya ramai. Okay, I would love to,” balas Reza.
Selain Erma, Reza turut menyatakan keterbukaannya untuk bergandingan dengan pelakon, Sharifah Amani, jika diberi peluang.
Mengulas mengenai filem Pangku yang menandakan debutnya sebagai pengarah, Reza menegaskan dirinya enggan mengeksploitasi elemen kemiskinan untuk meraih simpati penonton.
Sebaliknya, hanya mahu membuka minda masyarakat tentang isu yang benar-benar berlaku di negara.
“Saya tidak mahu mengeksploitasi kemiskinan untuk membuatkan filem ini menarik perhatian ramai.
“Penonton mungkin menangis melihat babak kemiskinan, tetapi itu bukan tujuan utama.
“Saya hanya mahu mereka berfikir selepas menonton filem ini. Saya mahu membuka minda masyarakat,” katanya.
Menurut Reza, isu kemiskinan bukan sekadar soal kesukaran mendapat pekerjaan semata-mata.
“Ia juga terkait keputusan politik dan beberapa perkara lain. Fenomena itu menarik minat saya untuk melakukan sesuatu yang baharu selepas 20 tahun bergelar pelakon.
Saya membuat kajian empat hingga enam bulan bersama penulis skrip,” jelasnya.
Filem Pangku, arahan sulung Reza, mengisahkan kehidupan seorang ibu tunggal yang bergelut dengan dilema moral demi menyara keluarga.
Karya itu turut mencipta sejarah apabila meraih empat anugerah di Busan International Film Festival (BIFF) pada September lalu, termasuk KB Vision Audience Award, Fipresci Award, Central Asia Cinema Award dan Face of the Future Award.
Menampilkan pelakon hebat seperti Fedi Nuril, Claresta Taufan, Devano Danendra dan Christine Hakim, Pangku bakal menghiasi pawagam seluruh negara bermula 18 Disember ini.
Pelakon dan pengarah Indonesia, Reza Rahadian tidak menolak kemungkinan untuk bekerjasama dengan pengarah tersohor, Erma Fatima, dalam karya akan datang.
Kesediaan itu diakui Reza sendiri selepas Erma secara spontan bertanyakan soalan ketika sidang media tayangan perdana filem Pangku di TGV Pavilion Bukit Jalil, malam Rabu.
“Bila saya boleh 'memangku' kamu… di dalam pangkuan karya saya? Saya tunggu saya,” soal Erma di hadapan para media.