Ringkasan AI
- Konsert ‘Malam Simfoni Luka’ menyatukan tiga nama besar muzik alternatif dan pop moden iaitu For Revenge, Insomniacks, dan Midnight Fusic.
- Acara ini menjanjikan pengalaman muzik yang menggabungkan tema duka, cinta, dan harapan melalui lirik dan alunan yang mendalam.
- For Revenge terkenal dengan muzik post hardcore bertenaga, manakala Insomniacks dan Midnight Fusic membawa elemen pop moden dan dreamy alternatif.
- Konsert ini turut menampilkan pencahayaan sinematik, susunan muzik live eksklusif, dan visual khas untuk memperkuatkan pengalaman emosi penonton.
- ‘Malam Simfoni Luka’ akan berlangsung pada 24 Januari 2026 di Megastar Arena, Kuala Lumpur, dengan tiket dijual mulai 14 November 2025 di www.ticket2u.com.my.
Tiga nama besar dari dunia alternatif dan pop moden, For Revenge, Insomniacks dan Midnight Fusic bersatu di bawah satu pentas dalam konsert epik bertajuk ‘Malam Simfoni Luka’.
Konsert ini menjanjikan sebuah pengalaman sonik yang menyatukan rasa duka, cinta, dan harapan melalui alunan muzik dan lirik yang mencerminkan perjalanan jiwa generasi muda masa kini.
Dengan reputasi For Revenge sebagai band post hardcore yang terkenal dengan persembahan bertenaga dan lirik penuh makna.
Digandingkan dengan pesona pop moden Insomniacks serta nuansa dreamy alternatif Midnight Fusic, ‘Malam Simfoni Luka’ dijangka menjadi malam yang menggetarkan hati setiap pencinta muzik tempatan dan serantau.
Konsert ini bukan sekadar hiburan, tapi satu pertemuan emosi antara artis dan peminat. Ia tentang luka, tentang bangkit, dan tentang bagaimana muzik menjadi terapi, menandakan konsep mendalam di sebalik pementasan ini.
Selain persembahan utama daripada tiga kumpulan ini, konsert ini turut menampilkan pencahayaan sinematik, susunan muzik live yang diolah semula secara eksklusif, serta visual khas yang akan membawa penonton menyelami setiap emosi yang terkandung dalam lirik lagu persembahan mereka.
‘Malam Simfoni Luka’ akan berlangsung pada 24 Januari 2026 bertempat di Megastar Arena, Kuala Lumpur pada jam 8 malam.
Tiket akan mula dijual mulai 14 November 2025, Jumaat jam 3 petang melalui laman rasmi www.ticket2u.com.my