Skip to main content

Selebriti

“Resipi Tak Perlu Sempurna, Cukup Untuk Cipta Momen Dekat Rumah” - Khairul Aming Tekankan Nilai Usaha & Kenangan Lebih Penting

Khairul Aming resipi

Sekilas

  • Khairul Aming tekankan nilai utama resipi masakan adalah usaha dan momen kebersamaan, bukan kesempurnaan hasil masakan.
  • Video masakan yang dikongsi bertujuan untuk menggalakkan orang ramai meluangkan masa bersama keluarga dan rakan, walaupun dengan bahan dan kelengkapan yang terhad.
  • Khairul Aming juga menyeru masyarakat supaya lebih memahami realiti orang lain dan menghargai usaha dalam memasak, walaupun tidak sempurna.

Personaliti media sosial dan pemilik restoran Rembayung, Khairul Aming berpendapat nilai sebenar dalam setiap resipi yang dikongsikannya oleh pencipta kandungan masakan bukanlah terletak pada kesempurnaan, tetapi pada usaha dan momen kebersamaan yang tercipta di rumah.

Menurut Khairul Aming, terdapat satu ‘bahan’ paling penting tidak boleh dibeli dengan wang ringgit adalah usaha setiap individu untuk mencuba mana-mana resipi yang dikongsikan.

“Satu bahan korang takkan boleh beli walaupun ada duit sebanyak mana sekalipun. Bahan keempat tu sebenarnya adalah effort kita semua untuk mencuba,” ujarnya menerusi video terbaharu yang dimuat naik di akaun Instagramnya.

Jelas Khairul Aming lagi, video masakan yang dihasilkan bukanlah bertaraf profesional mahupun bertujuan untuk kegunaan industri restoran, sebaliknya untuk orang ramai menggunakan resipi tersebut sebagai cara meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan.

“Video masak yang dibuat ni bukannya standard professional. Bukan untuk dijual dekat restoran, bukan untuk orang yang ada access kepada bahan dan kelengkapan yang level industri.

“Tapi sebenarnya dia dibuat cukup untuk korang create moment dekat rumah. Ada yang jadikan resipi tu kenangan dengan anak-anak sebelum diorang mula membesar.

“Ada yang guna peluang ni untuk masak bersama family sebab nak berkumpul ramai-ramai bukannya senang.

“Ada yang masih bujang, yang masih baru nak belajar. Yang ada juga yang buat semua ni sebab nak bina kenangan dengan kawan masing-masing. Jadi resipi ni bukan dicipta untuk jadi sempurna tau.

“Tapi cukup untuk korang luarkan masa dengan family. Ada yang tak cukup bahan, ada yang tak cukup ilmu, ada yang tak cukup kelengkapan. Tapi tak apa. Kita buat dengan apa saja yang ada.

“Yang penting kita kena mula cuba. Kalau nak pakai imaginasi sekali pun tak apa. Buat tak ada masalah. Kalau korang fail masak sekali pun it's okay. At least you try.

“Kalau kita letak mindset yang memasak itu susah. Kena sempurna. Macam mana kita nak tarik anak muda untuk masuk ke dapur nanti,” jelasnya.

Dalam pada itu, Khairul Aming juga mengingatkan masyarakat supaya melihat kehidupan dari perspektif lebih luas serta memahami realiti yang dihadapi oleh orang lain.

“Mungkin dari sini dia orang belajar berdikari. Belajar buat silap dan belajar berinnovasi, okay. Dalam hidup ni, kita jangan tengok dunia kita saja tau.

“Kita kena tengok juga situasi kehidupan orang lain kat luar sana dan dari situlah kita akan mula wujud kesepahaman.

“Dan bila kita faham satu sama lain, dari situlah rasa empati akan wujud sesama kita. Dengan apa yang terjadi seluruh dunia sekarang ni, memang impossible.

“Tidak dapat kita selesaikan dengan video masak simple macam ni. Tapi, sekurang-kurangnya kita dapat satukan semua walaupun video tu hanya 1 minit 2 sahaja,” tegasnya.

Terdahulu, seorang netizen mengecam video masakan Cottage Pie air tangan Che Sayang yang disifatkan sebagai tidak semenggah selain tidak memberikan resipi yang tepat.

Hal itu menimbulkan pelbagai reaksi netizen dan rata-ratanya menyebelahi Che Sayang, malah mereka juga turut ‘melindungi’ pencipta kandungan masakan yang terkenal dengan 'tagline' 2 Minit 1 Resipi itu dengan kata-kata positif.


Sumber: Instagram @khairulaming

Anda mungkin berminat dengan

Sambal Bilis Rangup (200gram)

Sambal Bilis Rangup (200gram)

Kurta A Bulan Bintang 2026 (NEW) Regular Fit 2

Kurta A Bulan Bintang 2026 (NEW) Regular Fit 2

DLEQA Merona Kurung Sulam Minimilast with Drapping Skirt Hidden pocket with Fully Lining (set wanita)

DLEQA Merona Kurung Sulam Minimilast with Drapping Skirt Hidden pocket with Fully Lining (set wanita)

Crystal Jar 3 4 6Pcs Set Bekas Plastic Kuih Raya Luxury with Metal Tray

Crystal Jar 3 4 6Pcs Set Bekas Plastic Kuih Raya Luxury with Metal Tray

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement