Aktres Jennifer Aniston kini sudah berusia 56 tahun. Sepanjang menjalani kehidupan berumah tangga, bercerai dan kembali berkahwin, Aniston juga sudah berusaha mendapatkan zuriat termasuk melakukan IVF atau bayi tabung uji.
Namun semua usaha mendapatkan anak selama hampir dua dekad tidak berhasil. Dan sejak itu dia berhenti berusaha mendapatkan anak.
Advertisement
Saat ditanya mengapa tidak mengambil anak angkat, mantan Brad Pitt ini menjawab dia mahu memiliki zuriat daripada darah dagingnya sendiri.
“Apabila ada orang kata ‘tapi anda masih boleh mengambil anak angkat’. Saya tidak mahu anak angkat.
“Saya mahu zuriat dari darah daging sendiri. Dari DNA saya. Ya, walaupun kedengaran sangat mementingkan diri, saya tetap mahukan anak dari DNA saya,” katanya seperti dilaporkan People.

Aniston juga mengaku selepas semua usaha yang dilakukan tidak berhasil, dia kini pasrah kerana tidak mempunyai anak.
“Saya rasa saya okay kalau tiada (anak). Kadang terasa aman juga.
“Tapi saya juga ingin tekankan bahawa semua yang berlaku bukan di bawah kawalan saya. Maka saya tidak boleh berbuat apa. Saya hanya manusia biasa,” katanya lagi.
Bintang Friends itu juga menepis dakwaan dirinya terlalu kuat bekerja sehingga tidak mahu memiliki anak pada zaman mudanya.
“Saya bukan jenis orang yang memberitahu semua cerita kepada umum. Apa lagi bercakap tentang usaha mendapatkan anak. Walaupun semua tohmahan itu memberi kesan kepada saya tapi akhirnya saya fikir tidak perlu menjelaskan.
“Apa yang penting keluarga saya tahu, rakan dekat juga tahu. Maka, sudah,” jelasnya lagi.