Skip to main content

Hiburan

Reda Abang Meninggal Di Bulan Ramadan, Mimi Lana Janji Galas Tanggungjawab Arwah - “Pasti Ada Asbab Kebaikan Yang Dibuat…”

Mimi Lana

Pelakon, Mimi Lana baharu sahaja kehilangan abang tercinta Allahyarham Muhamad Sharul Affandy yang menghembuskan nafas terakhir pada Ahad. 

Menerusi satu hantaran di Instagram, Mimi akui pemergian arwah yang dianggap sebagai satu kemuliaan dan tanda kasih sayang Allah SWT terhadap insan terpilih.

“Ya Allah, kalau suatu hari nanti aku pergi, ambillah aku sebagaimana Kau ambil abangku Muhamad Sharul Affandy. Aku sangat mencemburui kepergiannya di bulan yang mulia ini.

“Pasti ada asbab kebaikan yang dibuatnya sehingga Kau mengangkat tinggi darjat kepergiaannya ini. Terima kasih, Ya Allah, Kau telah meminjamkan sebentar manusia yang baik ini kepadaku dan kepada semua orang sekelilingnya,”tulisnya.

Dalam pada itu, Mimi turut berkongsi detik terakhir menguruskan jenazah arwah yang disifatkannya seolah-olah sedang tidur.

Tambah Mimi, dia berjanji akan meneruskan tanggungjawab yang sebelum ini digalas oleh arwah.

“Muka abang macam tidur je semalam, abang mudah sangat-sangat diuruskan. Masih tak percaya abang dah tak ada. Semua orang tunggu lama dekat kubur tak nak balik sampai kami semua diminta pergi sebab dah terlalu lewat. 

“Adik percaya abang sekarang dah ada dekat syurga. Allah sayang abang. Allah lebih mengetahui. Adik janji akan ambil tanggungjawab yang abang dah galas selama hari ini dengan sebaik-baiknya.

“Seorang abang yang baik, suami yang baik, anak yang baik, kawan yang baik dan manusia yang baik. Syurga tempat yang terbaik untuk abang sebab itu Allah ambil abang,” tambahnya.

Anda mungkin berminat dengan

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

POP MART CRYBABY Pendant

POP MART CRYBABY Pendant

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

Medicube Toner Pad Set

Medicube Toner Pad Set

Rendang Nyet Berapi Khairul Aming (Buy 5 FREE 1)

Rendang Nyet Berapi Khairul Aming (Buy 5 FREE 1)

Must-Watch Video

Advertisement