Sekilas
- Bront Palarae kini dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah MyCreative Ventures, mengukuhkan peranan beliau dalam industri kreatif Malaysia.
- Pelantikan ini diharap dapat memperkukuh tadbir urus dan memacu nilai budaya serta ekonomi dalam sektor seni di peringkat serantau dan antarabangsa.
- Ramai netizen terkejut mengetahui nama sebenar Bront iaitu Nasrul Suhaimin dan memuji kreativiti beliau memilih nama pentas yang unik.
Nama Bront Palarae menjadi sorotan ramai netizen yang meluahkan rasa terkejut apabila mengetahui nama sebenar aktor itu.
Menerusi perkongsian di Facebook, sebuah syarikat pelaburan iaitu MyCreative Ventures mengumumkan pelantikan jawatan Bront sebagai Ahli Lembaga Pengarah bagi syarikat tersebut.
“Setinggi-tinggi tahniah dan selamat datang kami ucapkan kepada Yang Berusaha Encik Nasrul Suhaimin @ Bront Palarae atas pelantikan beliau sebagai Ahli Lembaga Pengarah yang baharu bagi Kumpulan MyCreative Ventures.
“Dengan pengalaman luas beliau dalam industri kreatif merangkumi lakonan, penerbitan serta pemahaman mendalam terhadap ekosistem seni, kehadiran Yang Berusaha Encik Nasrul diyakini akan memperkukuh perspektif strategik Lembaga Pengarah.
“Pelantikan ini selari dengan aspirasi MyCreative Ventures untuk memperkukuh tadbir urus, memacu nilai budaya dan ekonomi, serta memperluas impak industri kreatif Malaysia di peringkat serantau dan antarabangsa,” kongsinya.
Perkongsian tersebut kemudiannya menyorot perhatian ramai yang rata-ratanya meluahkan rasa terkejut mengetahui nama sebenar Bront.
Menjengah ke ruangan komen, warganer berpendapat Bront begitu kreatif untuk menggunakan nama pentas yang begitu unik.
“Oh baru tahu nama sebenar dia.
“Mana lah dia cari stage name tu ya? Kreatif betul,” komen netizen.
Sumber: Threads