Penampilan anak perempuan kepada pelakon dan pengacara, Raja Azura iaitu Puteri Mia Maizura mencuri perhatian ramai selepas wajahnya disamakan dengan ibunya ketika zaman muda dahulu.
Menerusi satu perkongsian video di TikTok, Mia dilihat tampil bergaya dengan memakai topi dan cermin mata hitam.
Advertisement
Namun apa yang lebih menarik perhatian warganet ialah wajahnya yang dikatakan ‘salin tak tumpah’ seperti Raja Azura versi muda.
@raja.azura Replying to @Ⓝⓐⓓⓘⓐ Ⓛⓘⓢⓐ 😘😘😘 #fyp #trending #foryoupage ♬ I'm a Dog - Kevin Gates
Ruangan komen dipenuhi dengan pelbagai reaksi daripada netizen yang kagum melihat kecantikan Mia.
Ada yang menyangka ia merupakan video Raja Azura sendiri kerana wajah mereka terlalu seiras, malah ada juga yang memuji kecantikan anaknya itu yang dikatakan lebih menyerlah daripada ibunya.
“Kak Engku bukan dah berhijab ke?
“Cantiknya… lagi cantik dari mak dia Raja Azura!
“Ini anak perempuan Kak Engku, mukanya sama macam mak dia.
“Fuhh, Raja Azura muda!” tulis beberapa netizen.
Video tersebut kini meraih ribuan tontonan dan menjadi bualan dalam kalangan peminat yang teruja melihat wajah Mia yang dikatakan memiliki irisan wajah klasik Raja Azura ketika zaman kegemilangannya sebagai pelakon dan pengacara sekitar era 1990-an hingga awal 2000-an.