Sekilas
- Raf Yaakob berkongsi isu hutang melibatkan seorang individu yang didakwa abang kepada artis tempatan menerusi Threads, yang menjadi tular di kalangan netizen.
- Individu terbabit didakwa memutar belit cerita dan enggan berjumpa untuk selesaikan masalah, menyebabkan reputasi Raf terjejas.
- Netizen dan selebriti mencadangkan penyelesaian secara bersemuka atau tindakan undang-undang, namun identiti artis dan respon rasmi masih belum didedahkan.
Usahawan dan pelakon Raf Yaakob berkongsi luahan mengenai isu hutang melibatkan seorang individu yang didakwa abang kepada artis tempatan.
Perkongsian tersebut dimuat naik menerusi platform Threads dan segera menjadi bualan netizen.
“Abang kepada seorang artist ni. Dia berhutang ngan saya. Tapi dia bagitau orang ramai saya berhutang ngan dia. Siap cakap saya pulak banyak hutang ngan orang. Ajak jumpa, dia taknak. Kita nak buatpe ngan dia gais?” tulisnya.
Menurut Raf, situasi menjadi lebih rumit apabila individu berkenaan didakwa memutar belit cerita sehingga menjejaskan reputasinya, selain enggan bertemu bagi menyelesaikan isu tersebut secara baik.

Ruangan komen turut dipenuhi dengan pelbagai reaksi netizen yang memberikan pandangan serta cadangan, termasuk menyarankan agar perkara itu diselesaikan secara bersemuka.
“Bak mai sini number dia balong gi jumpa!” tulis Datuk Fazley Yaakob.
Tidak kurang juga yang mencadangkan agar tindakan undang-undang diambil sekiranya isu berkenaan berlarutan.
“Mai kite buat tuntutan LOD atau tuntutan mahkamahh”
Dalam perkembangan sama, Raf turut berkongsi respon individu terbabit apabila dicadangkan untuk menghantar surat tuntutan (LOD).
“Dia cakap, ‘Kalau you send LOD pun, dia bayar berapa dia boleh je”. Haaaa acaner tu?” tulis Raf lagi.
Setakat ini, Raf tidak mendedahkan identiti artis yang dimaksudkan dan tiada kenyataan balas daripada pihak terlibat.