Selepas tular dengan video ‘miming’ lagu berjudul ‘Jamilah’, pelakon Que Haidar kembali mencuri tumpuan apabila mengatakan dia kini sedang mencari wanita bernama sama seperti dalam lagu tersebut.
Menerusi TikTok, Que atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar seakan tercari-cari sambil menyatakan ciri-ciri wanita yang ada pada wanita bernama Jamilah.
“Saya sebenarnya nak cari juga Jamilah, dia wujud tau. Dia sopan santun, pemalu, hormat orang tua, tersipu-sipu malu.”
“Yang paling penting, dia suka makan nasi dengan bebola daging.”
“Jamilah, jangan lari-lari, saya cari awak. Nak cari kat mana eh?,” kongsi Que di TikTok.
Advertisement
Terdahulu, Que Haidar menyorot perhatian ramai apabila memuat naik video dirinya menyanyikan lagu ‘Jamilah’ secara ‘miming’ sambil baring di atas katil.
Sehingga kini, video itu telah meraih lebih 5.6 juta tontonan, 9,000 komen dan 122,000 tanda suka di TikTok.
Rata-rata netizen turut meluahkan rasa terhibur dengan aksi bersahaja pelakon itu sehingga ramai wanita berseloroh mahu menukar nama kepada Jamilah gara-gara populariti mendadak lagu tersebut.