Skip to main content

Viral

Posting Mengelirukan Di Media Sosial, Prince Syed Belum Meninggal Dunia - “Telefon Tertinggal Di Kedai Makan, Bila Patah Balik…”

Prince Syed

Usahawan dan personaliti media sosial, Prince Syed, tampil menjelaskan mengenai satu posting mengelirukan yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya pada Jumaat lalu sehingga mencetuskan tanda tanya dalam kalangan pengikut.

Menurut Prince Syed, kejadian tersebut berpunca daripada kehilangan telefon bimbit miliknya yang dipercayai tertinggal di sebuah kedai makan selepas berbuka puasa.

“Saya tertinggal telefon Samsung ilipat di kedai makan selepas berbuka. Bila patah balik untuk ambil, telefon itu sudah tiada. Kami syak ada individu yang mengambilnya,” jelasnya kepada Gempak.

Tambahnya lagi, telefon berkenaan tidak mempunyai kata laluan dan individu yang mengambilnya dipercayai pantas mengakses serta mengunci akaun Facebook dan TikTok miliknya.

“Telefon itu memang tiada password. Cepat dia lock Facebook dan TikTok. Pandai betul bab-bab macam ni,” katanya kesal.

Situasi tersebut menjadi lebih serius apabila muncul satu posting berunsur sensitif yang menimbulkan kekeliruan serta spekulasi dalam kalangan netizen.

Prince Syed menyifatkan tindakan tersebut sebagai melampau, apatah lagi melibatkan isu hidup dan mati yang tidak sepatutnya dijadikan bahan gurauan atau konten.

“Kalau tak suka sekalipun, janganlah sampai buat benda macam tu. Hidup mati bukan perkara untuk dibuat main.

“Kami tak kacau orang. Ada nampak kami kacau orang? Tapi dari dulu, sejak hari pertama di media sosial, sentiasa ada saja yang tak puas hati,” katanya.

Dalam masa sama, Prince Syed mengakui insiden tersebut memberi kesan emosi kepadanya sehingga berasa penat berdepan dengan fitnah dan kecaman yang berpanjangan.

“Saya letih dengan dunia yang penuh fitnah. Tapi saya tak akan balas. Biarlah Allah yang membalas pada hari pembalasan nanti.

“Saya tak ada masa nak buat konten bukan-bukan macam tu. Tak pasal-pasal jadi kontroversi,” jelasnya yang kini sedang berniaga di Bazar Ramadan Kompleks PKNS Shah Alam.

Prince Syed berharap orang ramai tidak membuat andaian melulu kerana tidak berada di tempatnya dan tidak mengetahui perjalanan hidup yang dilalui.

Terdahulu, satu posting dipercayai dimuat naik daripada akaun TikTok miliknya pada Jumaat mencetuskan kekeliruan selepas memaparkan imej berlatarbelakangkan Al-Fatihah berserta gambarnya, sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi dalam kalangan pengguna media sosial.

Anda mungkin berminat dengan

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

Rendang Nyet Berapi Khairul Aming (Buy 5 FREE 1)

Rendang Nyet Berapi Khairul Aming (Buy 5 FREE 1)

Medicube Toner Pad Set

Medicube Toner Pad Set

POP MART CRYBABY Pendant

POP MART CRYBABY Pendant

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

Must-Watch Video

Advertisement