Sekilas
- Zara Zya sebak mengenang kenangan Ramadan zaman kecil apabila ibunya suruh guna pinggan lama yang pernah digunakan keluarga mereka.
- Dia rindu suasana meriah sahur bersama keluarga yang kini tinggal memori kerana ahli keluarga sudah berpecah dan jarang bertemu.
- Zara kongsi perasaan sunyi dan perubahan dalam keluarga yang dah tak seperti dulu, walaupun dulu selalu berkumpul setiap hari.
Pelakon, Zara Zya tidak dapat menahan sebak apabila mengenang kembali kenangan zaman kecil bersama keluarganya, terutama ketika bulan Ramadan.
Menerusi perkongsian di platform Thread, Zara berkata perasaan sebak itu hadir apabila ibunya menyuruhnya menggunakan pinggan lama yang pernah digunakan keluarga mereka suatu ketika dahulu.
“Mama saya suruh pakai pinggan lama dia. Bila tengok pinggan tu, saya sedih. Sebab terkenangkan siapa yang pernah makan atas pinggan tu dulu.
“Kami 6 beranak... Sekarang, saya cuma dengan mama saya saja,” kongsinya.
Mengimbas kembali kenangan dahulu, Zara mengakui dia amat merindui suasana sahur ketika kecil yang penuh kemeriahan apabila seluruh ahli keluarga berkumpul di meja makan.
“Rindu masa kecil dulu. Kalau bulan puasa, mama kejut atau adik beradik kejut sahur. Mama masak macam-macam.
“Dari mengantuk, berselera jadinya. Meriah betul waktu sahur. Satu family berkumpul,” coretnya.
Bagaimanapun kata Zara, kenangan itu kini hanya tinggal memori apabila keluarganya sudah tidak lagi seperti dahulu
“Tapi sekarang… sunyi sesunyi sunyinya. Tak sangka, bila saya besar, family saya berpecah.
“Yang dulu setiap hari bertemu muka, sekarang bertahun tak bersua. Hurmmm…,” luahnya.
Berikut merupakan perkongsian penuh Zara:

Sumber: Threads @zarazya