Desas desus mengenai keretakan rumah tangga YouTuber dan hos terkenal, Deddy Corbuzier dengan isteri, Sabrina Chairunnisa akhirnya terjawab.
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan bersama, pasangan itu memgumumkan rumah tangga mereka kini menuju perceraian.
Advertisement
Sabrina diketahui memfailkan permohonan cerai terhadap Deddy, 48, pada 16 Oktober 2025.
Pasangan itu berkahwin selama tiga tahun dan kini memilih untuk menjalani kehidupan masing-masing.
Menerusi perkongsian di media sosial, mereka menafikan perceraian terjadi kerana wujud orang ketiga atau perseteruan.
Namun Sabrina mengatakan keputusan bercerai diambil kerana menyedari telah berjalan di jalan yang berbeza dengan Deddy tanpa memperincikan maksud di sebalik kenyataannya.
"Perceraian kami bukan kerana pengkhianatan atau amarah, tapi kejujuran. Kadang, dua orang yang saling mencintai tetap menyedari mereka ternyata bertumbuh ke arah yang berbeda," tulis Sabrina seperti dilaporkan CNNIndonesia.
Deddy pula menulis: “Kadang hidup memberikan pilihan yang cinta saja tidak cukup. Kami memilih jalan yang berbeza bukan kerana berhenti mencintai satu sama lain, tapi kerana cinta juga bererti memberikan seseorang kesempatan hidup yang mereka layak miliki.
Dalam pernyataan bersama itu, keduanya pun menegaskan keputusan berpisah diambil bukan atas dasar amarah, tapi karena "cinta, kejujuran dan kedamaian."
Deddy Corbuzier menikah dengan Sabrina Chairunnisa pada 6 Jun 2022.
Ia merupakan pernikahan kedua yang dijalani Deddy. Sebelumnya Deddy pernah menikah dengan Kalina Ocktarani dari 2005 hingga 2013 dan memiliki seorang anak lelaki.