Skip to main content

Hiburan

Pernah Jadi Ibu Tunggal, Fatin Afeefa Kongsi Cabaran Besarkan Anak - “Buat Pelbagai Kerja…”

Fatin Afeefa

Sekilas

  • Fatin Afeefa berkongsi pengalaman susah payahnya sebagai ibu tunggal yang hanya tidur 3-4 jam sehari untuk menyara dua anaknya.
  • Dia mengutamakan anak-anak dan percaya hidup tidak akan rasa kurang walaupun perlu berkongsi makanan pada awalnya.
  • Fatin pernah berkahwin dengan pelakon Adam Shahz dan kini sudah berkahwin dengan pempengaruh Aliff Awang serta mempunyai seorang anak bersama.

Pelakon, Fatin Afeefa berkongsi jerih perih yang pernah dilaluinya sewaktu bergelar ibu tunggal beberapa tahun yang lalu.

Menerusi Threads, pemilik nama Fatin Nur Afifah Shamsudin ini memaklumkan dia hanya tidur kurang empat jam sehari kerana melakukan beberapa kerja demi untuk menyara dua anaknya iaitu Adam Aisy Arrian dan Ivy Herra Sophia.

“Buat multiple jobs, tidur 3–4 jam je sehari dulu. Alhamdulillah awal-awal je catu makanan kongsi bertiga, lepas tu rezeki mencurah sampai sekarang.

“Dahulukan anak-anak, you akan nampak, hidup tak akan rasa kurang,” kongsinya.

Fatin berkongsi perkara tersebut menerusi ruangan komen terhadap hantaran yang dibuat seorang  individu.

Menerusi ciapan yang dibuat, individu itu bertanyakan bagaimana seorang ibu tunggal meneruskan kehidupan tanpa nafkah daripada bekas suami.

“Saya ibu kepada dua orang anak, macam mana korang survive tanpa nafkah dari bekas suami?,” tanya individu tersebut.

Untuk rekod, Fatin pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Adam Shahz pada 2013 sebelum bercerai pada 2017.

Fatin kemudiannya mendirikan rumah tangga bersama pempengaruh dan usahawan iaitu Aliff Awang yang turut dikenali sebagai Opai pada 30 Disember 2022.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata yang diberi nama Muhammad Jibril.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

Genki! Regular Tape Diapers Baby - Size NB (28's)/S (28's)/M (24's)/L (20's)/XL (18's)

Genki! Regular Tape Diapers Baby - Size NB (28's)/S (28's)/M (24's)/L (20's)/XL (18's)

Seaways All-purpose Cleaner Cleaning Spray (500g)

Seaways All-purpose Cleaner Cleaning Spray (500g)

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Must-Watch Video

Advertisement