Skip to main content

Hiburan

Pernah Istikharah Tentang Jodoh, Fatin Nabila Kongi Detik Berdoa Di Raudhah - “Januari 2025, Perceraian Berlaku”

Fatin Nabila

Sekilas

  • Fatin Nabila berkongsi pengalaman solat istikharah di Raudhah, Masjid Nabawi, memohon petunjuk tentang jodoh ketika berada di Madinah.
  • Selepas pulang ke Malaysia, Fatin menerima berita penceraian pada Januari 2025 yang dianggap sebagai jawapan dari Allah SWT.
  • Fatin reda dengan kejadian itu dan tidak menyalahkan bekas suaminya walaupun menghadapi dugaan besar termasuk kerugian kewangan.

Pempengaruh Islamik, Fatin Nabila meraih perhatian selepas berkongsi pengalamannya yang mengerjakan solat istikharah tentang jodoh menerusi platfrom Threads.

Menerusi ciapan yang dibuat, Fatin berkongsi momen istimewanya yang diizinkan Allah SWT Untuk menunaikan solat di Tiang Aisyah, Raudhah, Masjid Nabawi ketika hari terakhir berada di Madinah.

Kongsi Fatin, dia menggunakan kesempatan itu untuk menunaikan solat istikharah memohon petunjuk berkaitan dengan soal jodoh sambil menangis bersungguh-sungguh.

“Pernah istikharah tentang jodoh. Jam 7 pagi, hari terakhir di Madinah.

“Allah qadarkan (izinkan) untuk masuk dalam Raudhah di Masjid Nabawi. Diizinkan oleh Allah dapat solat di tiang aisyah.

“Ketika itu, terus niat solat sunat istikharah. Tak tahu kenapa, bersungguh menangis minta Tuhan beri jalan terbaik,” kongsinya.

Sekembalinya Fatin ke Malaysia, dia merasakan segala persoalannya seakan terjawab apabila diceraikan pada Januari tahun lalu.

“Balik Malaysia, Allah SWT berikan jawapan.

“1 Januari 2025, jatuh talak satu dan penceraian berlaku,” kongsi.

Walau bagaimanapun, Fatin memaklumkan dia reda dengan apa yang terjadi dan sama sekali tidak pernah menyalahkan bekas pasangan.

“Adakah dia atau saya jahat? Tidak. Orang yang Allah hadirkan semuanya ada sebab yang kuat,” tulisnya lagi.

Pada November tahun lalu, Fatin mengejutkan ramai apabila berkongsi mengenai dugaan yang dihadapinya sepanjang 2025.

Kongsi Fatin, dia telah diceraikan bekas suami pada Januari tahun yang sama serta kerugian mencecah ratusan ribu ringgit.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

Medicube Toner Pad Set

Medicube Toner Pad Set

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

K12 Wireless Karaoke Speaker

K12 Wireless Karaoke Speaker

POP MART CRYBABY Pendant

POP MART CRYBABY Pendant

Digital LED Tasbih Counter

Digital LED Tasbih Counter

Must-Watch Video

Advertisement