Skip to main content

Hiburan

Pergi Kelas Masa Tengah Alahan & Hantar ‘Assignment’ Dengan Perut Besar, Ini Antara Cabaran Syasya Rizal Nak Habiskan Semester

Astro Gempak 164

Sekilas

  • Syasya Rizal kongsi pengalaman luar biasa lalui semester penuh cabaran dengan kehamilan, bersalin, dan peperiksaan dalam tempoh sama.
  • Dia akui fizikal penat, emosi rapuh, tapi kekuatan datang dari Allah untuk terus bertahan.
  • Walaupun sibuk, Syasya berjaya capai CGPA 3.48 dan GPA 3.59, fokus pada perjalanan bukan sekadar gred.

Penyanyi Syasya Rizal berkongsi pengalaman mencabar yang dilaluinya ketika menamatkan semester pengajian lalu, apabila melalui fasa kehamilan sehingga bersalin dalam tempoh yang sama.

Menerusi perkongsian di Threads, Syasya mendedahkan semester tersebut cukup luar biasa buat dirinya.

“Semester lepas memang gila.Saya dapat tahu saya hamil, Pergi kelas dengan alahan pagi, Hantar tugasan dengan perut yang makin membesar, Melahirkan anak,Duduk peperiksaan akhir, Dan melalui tempoh berpantang. Semuanya dalam SATU semester,” tulisnya.

Menurut Syasya, ada hari-hari dia mempersoalkan kemampuan diri untuk terus bertahan.

“Ada hari saya tanya diri sendiri, ‘boleh ke aku survive ni?’

“Fizikal memang penat, emosi rapuh, hormon pun tunggang-terbalik.

“Tapi entah macam mana, Allah bagi kuat,” luahnya.

bjbj

Tambahnya lagi, saat keputusan peperiksaan diumumkan, perkara pertama yang terlintas di fikirannya bukanlah gred semata-mata, sebaliknya perjalanan yang telah ditempuh.

“Bila keputusan keluar hari ini, saya tak nampak gred dulu. Saya nampak perjalanan itu,” katanya sebak.

Dalam perkongsian sama, Syasya turut memuat naik tangkap layar keputusan akademiknya yang menunjukkan dia berjaya meraih CGPA 3.48 dan GPA 3.59.

Anda mungkin berminat dengan

JINTOHO Waterproof Winter Men Boots Original Leather Warm Snow Women Boots Men Work Casual Shoes 2024 High-top Non-slip Ankle Boots

JINTOHO Waterproof Winter Men Boots Original Leather Warm Snow Women Boots Men Work Casual Shoes 2024 High-top Non-slip Ankle Boots

[Le Mai.com] ADIDAS ADICOLOR Crossbody Bag Navy Blue Backpack Casual JI9456

[Le Mai.com] ADIDAS ADICOLOR Crossbody Bag Navy Blue Backpack Casual JI9456

[Centellian24] Madeca Cream Time Reverse Moisturizer Season7 for Total Anti-Aging Solution 50ml

[Centellian24] Madeca Cream Time Reverse Moisturizer Season7 for Total Anti-Aging Solution 50ml

《Mega Deal》Women Pajamas baju tidur wanita seksi Camisole+Shorts Set Plus size sexy dewasa Sleepwear murah pyjamas

《Mega Deal》Women Pajamas baju tidur wanita seksi Camisole+Shorts Set Plus size sexy dewasa Sleepwear murah pyjamas

L'Occitane Shea Ultra Rich Body Lotion 250ml

L'Occitane Shea Ultra Rich Body Lotion 250ml

Shoe Cleaning Cream Shoe Cream Sneaker Cleaner 260g Multifunctional Stain Removal Cream For Effective Shoes Stain Safety

Shoe Cleaning Cream Shoe Cream Sneaker Cleaner 260g Multifunctional Stain Removal Cream For Effective Shoes Stain Safety

Must Watch Video

Advertisement