Skip to main content

Hiburan

Penonton Rasai Kehilangan ‘Kak Ngah’, Lakonan Sobri Anuar Dalam Keluarga Iskandar 3 Dipuji - “Dia Bagus Berlakon Tapi Kenapa…”

Sobri Anuar

Sekilas

  • Drama Keluarga Iskandar 3 semakin popular sejak mula ditayangkan pada 6 Februari, terutama babak kematian Kak Ngah yang menyentuh hati penonton.
  • Lakonan Sobri Anuar sebagai Abang Ngah mendapat pujian ramai kerana berjaya menghidupkan watak dengan penuh emosi dan karakter tersendiri.
  • Susan Lankester yang membawa watak Kak Ngah menjelaskan dia masih berehat dari dunia seni dan belum bersedia untuk kembali aktif buat masa ini.

Sejak mula ditayangkan pada 6 Februari lalu, drama bertemakan kekeluargaan iaitu Keluarga Iskandar 3 semakin mendapat tempat di hati peminat.

Terbaharu, babak Kak Ngah (lakonan Susan Lankester) yang meninggal dunia ternyata meninggal kesan sehinggakan ramai penonton menitiskan air mata menonton babak tersebut.

Dalam pada itu, lakonan pelakon Sobri Anuar yang membawa watak Abang Ngah turut mencuri perhatian ramai apabila ramai yang merasai momen sedih kehilangan seorang sosok isteri tercinta.

Menurut seorang individu, dia menyifatkan Sobri sebagai seorang pelakon hebat yang mempunyai karakternya tersendiri sehingga mampu menghidupkan setiap watak yang dibawanya.

“Dia (Sobri) ini bagus berlakon tapi kenapa tak banyak drama dia main ya?

“Mungkin tak berapa nak handsome tapi ada
character and watak dia sampai, lontaran suara dia pun clear dan sharp,” kongsinya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut bersetuju dan memuji lakonan mantap Sobri.

Terdahulu, peminat drama Keluarga Iskandar 3 meluahkan rasa sedih dan kecewa apabila watak Kak Ngah ditamatkan.

Menjawab kepada reaksi penonton, pelakon iaitu Susan Lankester menjelaskan bahawa meskipun sudah setahun berehat daripada dunia seni, beliau masih belum bersedia untuk kembali aktif seperti dahulu.

Tambah Susan lagi, buat masa ini dia memilih untuk terus berehat dan menggunakan masa yang ada untuk memperbaiki diri serta menambah ilmu.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

POP MART CRYBABY Pendant

POP MART CRYBABY Pendant

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

Rendang Nyet Berapi Khairul Aming (Buy 5 FREE 1)

Rendang Nyet Berapi Khairul Aming (Buy 5 FREE 1)

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

Medicube Toner Pad Set

Medicube Toner Pad Set

Must-Watch Video

Advertisement