Skip to main content

Hollywood

Pemuda Dipenjara 15 Tahun Rancang Serangan Konsert Taylor Swift

Astro Gempak taylor polis

Sekilas

  • Seorang pemuda Austria dijatuhi hukuman penjara 15 tahun kerana merancang serangan keganasan terhadap konsert Taylor Swift di Wina pada 2024.
  • Suspek mengaku bersalah dan menyesal, tetapi menafikan pertuduhan merancang serangan siri keganasan bersama dua lagi individu.
  • Konsert Taylor Swift di Wina dibatalkan sehari sebelum berlangsung walaupun polis mengesahkan keselamatan, manakala jelajah The Eras Tour mencatat pendapatan RM8.85 bilion dan menjadikan Swift jutawan bernilai AS$1 bilion.

Seorang pemuda kelahiran Austria dijatuhi hukuman penjara 15 tahun selepas merancang serangan keganasan terhadap konsert Taylor Swift di Wina pada tahun 2024.

Pemuda berusia 21 tahun yang diperkenalkan sebagai Beran A mengaku bersalah dan melahirkan kekesalan selepas hakim menjatuhkan hukuman terhadapnya, hujung minggu lalu, lapor BBC.

“Saya hanya ingin mengatakan saya menyesal,” ujar suspek yang berusia 19 tahun sewaktu jenayah dilakukan.

Dia bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan lain iaitu merancang serangan siri keganasan bersama dua lagi suspek.

Terdahulu Beran A telah ditangkap sejak Ogos 2024 selepas dipercayai merancang melakukan serangan di konsert Swift yang berlangsung di Stadium Ernst Happel, Wina. Dia dipercayai mahu memasang bom dan membawa pisau di lokasi kejadian.

Akibatnya, meski pihak polis mengesahkan konsert tersebut selamat untuk dijalankan, penganjur konsert, Barracuda Music mengumumkan siri jelajah konsert The Eras Tour Taylor Swift di Wina, dibatalkan sehari sebelum ia bermula.

Untuk rekod, jelajah konsert tersebut telah menjana pendapatan mencecah RM8.85 bilion dengan kehadiran lebih 10 juta peminat sepanjang 149 persembahan yang berlangsung di seluruh dunia.

Kejayaan siri jelajah ini secara rasmi mengangkat Swift sebagai ahli billionaire atau jutawan bernilai bersih AS$1 bilion pertama dalam sejarah melalui karya muzik.

Anda mungkin berminat dengan

JDT Worldwide 1070

JDT Worldwide 1070

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB585

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB585

Football Japan 26 Home Jersey Men Blue KD3345

Football Japan 26 Home Jersey Men Blue KD3345

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

Must Watch Video

Advertisement