Pempengaruh Clara Shinta berkongsi khabar sedih tentang kehidupan peribadinya.
Dia yang baru 50 hari berkahwin dengan Muhammad Alexander Assad memberitahu sudah tidak tinggal sebumbung dan bakal bercerai.
Advertisement
Semuanya kerana Clara telah melanggar perjanjian pra perkahwinan yang dibuat bersama lelaki itu sebelum bergelar suami isteri.
Menerusi Insta Story miliknya, pempengaruh asal Medan, Indonesia itu mendedahkan rumah tangga yang baru dibina dua bulan lalu menjadi berantakan kerana foto bekas kekasih.
Wanita itu memberitahu kepada dua juta pengikut di platform tersebut, selain mendapat ‘silent treatment’, suami yang dipanggil Lxa juga telah keluar daripada rumah mereka.
“Sebelum berkahwin kami membuat perjanjian pra pernikahan yang salah satunya perlu memadam foto bekas kekasih dalam telefon bimbit.
“Lxa sanggup berbuat demikian dan memadam foto bekas kekasih.
“Sementara aku belum memadam dan menunda melakukan hal itu (buang foto bekas kekasih) kerana mempunyai sekitar 77, 000 keping gambar dalam telefon bimbit,” ujarnya seperti dilaporkan idTimes.
Clara kemudian menegaskan walaupun tidak membuang foto bekas kekasih, namun dia langsung tidak menghubungi apa lagi masih memiliki hubungan istimewa bersama lelaki tersebut.
“Saya tidak curang apa lagi berzina, cuma menunda untuk membuang gambar,” katanya lagi.
Dia juga menambah mengambil masa yang panjang untuk meluahkan perasaan namun akhirnya berkongsi perasaan itu.
“Ada banyak hal yang tidak diselesaikan dengan komunikasi kami yang tidak lancar dan buruk. Mungkin juga masing-masing ego,” akuinya.
Clara dan Alexander berkahwin pada 30 Ogos 2025.