Skip to main content

Hiburan

Pempengaruh Dakwa Diri Sudah Bertatu, Dr Izhar Titip Pesan - “Kalau Sakit, Jumpa Pakar Bukan Buat…”

Tatu

Sekilas

  • Profesor Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Kashim menegaskan tatu adalah haram dalam Islam dan individu yang bertatu wajib membuangnya selepas bertaubat.
  • Jika tidak mampu dari segi kewangan, usaha untuk menghilangkan tatu digalakkan dan keuzuran diterima sementara menabung untuk rawatan.
  • Seorang YouTuber mengaku memiliki tatu di lengan kiri yang mencerminkan pengalaman hidupnya, menarik perhatian ramai di media sosial.

Pendakwah bebas yang juga Pensyarah Fiqh Fatwa Makanan dan Kepenggunaan Semasa di Pusat Kajian Syariah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Kashim tampil memberi pandangannya terhadap pengakuan seorang pempengaruh yang mendakwa dirinya sudah mencacah tatu pada lengan kirinya.

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Izhar menjelaskan bahawa perbuatan mencacah tatu adalah haram dan berdosa malah, individu yang bertatu wajib membuang tatu tersebut selepas bertaubat. 

“Dosa itu adalah aib kita yang tak perlu diuar-uarkan kepada khalayak apatah lagi dizahirkan menerusi tatu pada tubuh.

“Apapun alasan tatu adalah haram dan wajib dibuang setelah bertaubat. Kalau sakit jumpa doktor atau pakar jiwa bagi merawat masalah bukan buat benda haram.

“Jika seseorang pentatu itu berkemampuan daripada sudut kewangan, maka wajib hapuskan tatu menerusi rawatan yang betul dengan kos tertentu setelah bertaubat,” kongsinya.

Walau bagaimanapun, Islam tetap menerima sekiranya seseorang itu tidak berkemampuan untuk membuang tatu namun usaha mereka untuk menghilangkan tatu adalah digalakkan.

"Jika seseorang itu tidak berkemampuan, maka keuzuran itu diterima namun dia perlu berusaha menabung untuk menghilangkan tatu pada tubuhnya pada masa akan datang.

"Oleh itu, elakkan bertatu adalah lebih selamat daripada laknat, dosa dan selamat daripada pembaziran wang yang merugikan untuk rawatan menghilangkannya selepas taubat," kongsinya lagi. 

Sebelum ini, seorang YouTuber menyorot perhatian ramai apabila memuat naik video pengakuan mengenai tatu pada lengan kirinya. 

Dakwa YouTuber itu, tatu tersebut adalah benar dan bukan palsu malah ia juga mencerminkan pengalaman yang dilaluinya dalam kehidupan. 

Sumber: Instagram

Anda mungkin berminat dengan

TIME PHORIA-Lunara Frost 3D Plump 24H Moisture Intstant Shine Nourishing Serum Lip Balm Lip Care

TIME PHORIA-Lunara Frost 3D Plump 24H Moisture Intstant Shine Nourishing Serum Lip Balm Lip Care

Torriden Dive-In Soothing Cream

Torriden Dive-In Soothing Cream

MInyak Saloma Oil Breasts Massage Koko Dada Maintenance Oil Hydrating Organic 30ml Beautiful Secret

MInyak Saloma Oil Breasts Massage Koko Dada Maintenance Oil Hydrating Organic 30ml Beautiful Secret

SKINTIFIC 4-in-1 Day & Night Set

SKINTIFIC 4-in-1 Day & Night Set

SKINTIFIC 8-Piece Skincare Set

SKINTIFIC 8-Piece Skincare Set

Must-Watch Video

Advertisement