Skip to main content

Hiburan

Peminat Fikir Dolly Parton Nazak: “Saya Belum Nak Mati Lagi”

Dolly Parton

Bintang veteran Hollywood, Dolly Parton ‘menjawab’ doa para peminat mengenai tahap kesihatannya dengan cara yang paling santai.
 

Parton, 79, sebelum ini membatalkan beberapa siri konsert jelajahnya atas alasan kesihatan. Kakak penyanyi itu kemudian memohon agar peminat mendoakan Parton supaya kembali sihat.
 

Advertisement

Selepas menerima banyak doa dan kebimbangan tentang kesihatanny, penyanyi 9 to 5 itu memaklumkan dirinya berada dalam keadaan sihat.
 

“Sejak akhir-akhir ini ramai yang ingat saya nazak. Adakah saya kelihatan sakit? Saya sedang bekerja.
 

“Saya bersyukur ramai yang ambil berat dan mendoakan saya dan saya percaya doa selalu akan membuat seseorang lebih baik.
 

“Terlalu banyak spekulasi tentang kesihatan saya. Saya juga mahu semua orang tahu, saya okay.
 

“Saya belum nak mati lagi. Tapi saya sangat menghargai doa dakn empati semua,” ujar Parton panjang lebar seperti dilaporkan People.
 

Isu kesihatan Parton mula mendapat perhatian selepas kematian suaminya, Carl Dean pada Mac lalu. Bintang itu didakwa tidak menjaga kesihatan sejak kematian Dean yang menjadi pasangannya selama 58 tahun.
 

“Selepas suami saya meninggal dunia saya memang tidak menjaga kesihatan. Namun atas nasihat doktor saya kini mula menjaga semula kesihatan.
 

“Cuma saya terpaksa membatalkan beberapa persembahan kerana perlu menjalani rawatan. Tapi saya mahu semua orang tahu saya belum nak mati,” katanya lagi.

Must-Watch Video

Advertisement