Skip to main content

Hiburan

Pembantu Peribadi Tampil ‘Back Up’ Dr Fie, Dedah Hal Sebenar Terjadi Dengan Orang Ketiga - “Saya Dengar Semuanya Sendiri”

bbb

Ringkasan AI

  • PA kepada isteri Nubhan, Dr. Fie Tawfek, tampil beri penjelasan mengenai kemelut rumah tangga majikannya di media sosial.
  • PA itu menafikan dakwaan Dr. Fie tidak menghubungi keluarga individu yang dikaitkan sebagai ‘orang ketiga’ dan mengesahkan panggilan tersebut berlaku.
  • Dr. Fie dikatakan telah memohon maaf bagi pihak keluarga dan cuba lindungi maruah kedua-dua pihak.
  • Nubhan menafikan wujud orang ketiga dalam keretakan rumah tangganya dan berharap tiada spekulasi liar dibuat.
  • Kes perceraian Nubhan dan Dr. Fie disebut di Mahkamah Rendah Syariah Sepang pada 16 Oktober lalu, berpunca daripada ketidaksefahaman pasangan itu.

Pembantu peribadi kepada isteri penyanyi dan usahawan Nubhan, iaitu Dr. Fie Tawfek tampil bersuara berhubung kemelut rumah tangga majikannya yang kini hangat diperkatakan di media sosial.

Menerusi satu hantaran di platform Threads menggunakan akaun @kkits__, individu tersebut menjelaskan dirinya terpanggil untuk memberi penjelasan selepas tidak tahan melihat Dr. Fie menerima pelbagai kecaman sejak kebelakangan ini.

“Walaupun saya ni PA Dr. Fie, saya tak ada hak pun nak masuk campur dalam hal keluarga bos saya. Tapi jujurnya, saya tak tahan tengok Dr. Fie dilayan macam tu,” tulisnya.

Menurutnya, tuduhan bahawa Dr. Fie tidak menghubungi keluarga individu yang dikaitkan sebagai ‘orang ketiga’ adalah tidak benar, kerana dia sendiri berada di lokasi ketika panggilan telefon tersebut dibuat.

“Cerita yang lelaki itu post tentang perbualan dengan Dr. Fie, saya ada malam tu dan saya dengar semuanya sendiri.
 

“Ya, Dr. Fie memang hubungi dia untuk minta maaf bagi pihak keluarga dan nak tahu apa sebenarnya yang berlaku. Saya pun tahu apa yang jadi di belakang tabir,” katanya.

Jelasnya lagi, panggilan tersebut dilakukan selepas individu berkenaan mendakwa keluarga Dr. Fie menyebarkan fitnah kononnya dia menjadi punca keretakan rumah tangga tersebut.

“Dr. Fie tak pernah cerita apa-apa sebab dia cuba lindungi maruah kedua-dua keluarga. Saya tak nak keadaan jadi makin teruk.

“Dr. Fie sendiri dah minta maaf malam tu, jadi tak perlu nak besarkan hal ni sebab netizen kecam keluarga awak. Awak rasa Dr. Fie boleh kawal ke apa yang netizen cakap?” ujarnya lagi.

Terdahulu, Nubhan menangkis dakwaan wujud orang ketiga yang kononnya menjadi sebagai punca keretakan rumah tangganya bersama isteri, Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek.
 

Nubhan berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi liar mahupun tuduhan yang boleh mencetuskan salah faham.

Kes pengesahan perceraian Nubhan terhadap isterinya disebut di Mahkamah Rendah Syariah Sepang pada 16 Oktober lalu.

Pasangan itu pernah bercerai pada tahun 2017 ketika Dr. Fie hamil anak pertama, namun kembali rujuk dalam tempoh idah.

Difahamkan, isu perceraian kali ini berpunca daripada ketidaksefahaman antara pasangan berkenaan, sekali gus menolak spekulasi wujudnya orang ketiga seperti yang tular di media sosial.

 

Sumber: Threads

Must-Watch Video

Advertisement