Skip to main content

Hiburan

Pasangan Kekasih Ditemukan Dalam Keadaan Mereput Di Rumah, Dipercayai Sudah Meninggal Lebih Seminggu

Penemuan Mayat Kekasih

Sekilas

  • Mayat seorang lelaki berumur 36 tahun dan wanita 39 tahun yang dipercayai pasangan kekasih ditemui dalam keadaan mereput di sebuah rumah di Seksyen U13, Setia Alam.
  • Polis menganggarkan kedua-dua mangsa telah meninggal dunia lebih dari seminggu dan tiada kecederaan ditemui pada tubuh mereka.
  • Kes disiasat sebagai mati mengejut (SDR) dan mayat dihantar ke Hospital Shah Alam untuk bedah siasat lanjut.

Mayat seorang lelaki dan wanita dipercayai pasangan kekasih ditemui dalam keadaan mereput di sebuah rumah Seksyen U13, Setia Alam.

Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Ramsay Embol, dipercayai kedua pasangan kekasih itu sudah pun meninggal lebih dari seminggu.

"Siasatan pasukan Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor menganggarkan (mangsa meninggal dunia) lebih seminggu.

"Mangsa dipercayai pasangan kekasih, yang mana lelaki berumur 36 tahun dan perempuan berumur 39 tahun.

"Tempoh mangsa menyewa di rumah itu masih dalam siasatan polis," katanya.

Dalam pada itu, siasatan awal pihak polis bersama pasukan Forensik IPK Selangor mendapati keadaan rumah itu bertutup, tiada kenderaan dan pintu besi hadapan tidak berkunci.

Tiada sebarang kecederaan pada bahagian tubuh badan kedua-dua mangsa.

Mayat pasangan itu kemudiannya dihantar ke Hospital Shah Alam untuk bedah siasat dan siasatan dibuka sebagai mati mengejut (SDR).

Sumber: Harian Metro

Anda mungkin berminat dengan

Genki! Regular Tape Diapers Baby - Size NB (28's)/S (28's)/M (24's)/L (20's)/XL (18's)

Genki! Regular Tape Diapers Baby - Size NB (28's)/S (28's)/M (24's)/L (20's)/XL (18's)

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Seaways All-purpose Cleaner Cleaning Spray (500g)

Seaways All-purpose Cleaner Cleaning Spray (500g)

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

Must-Watch Video

Advertisement