Skip to main content

Hiburan

Pandang Serius Isu Sistem Bunyi, Penganjur Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella Buat Laporan Polis

Astro Gempak 147

Sekilas

  • Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella di Stadium Nasional Bukit Jalil mengalami gangguan sistem bunyi di tingkat tiga pada 14 Februari 2026.
  • Pihak penganjur bersama vendor dan pengurusan stadium telah menyiasat dan menyelesaikan isu teknikal tersebut pada malam yang sama.
  • Satu laporan polis telah dibuat dan penganjur sedang berbincang untuk beri imbuhan kepada pemegang tiket kategori Bronze yang terkesan.

Pihak penganjur Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella memaklumkan telah membuat laporan polis susulan dakwaan berlaku gangguan sistem bunyi di tingkat tiga ketika acara berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil Sabtu lalu.

Wakil penganjur, Hitman Solutions berkongsi kenyataan rasmi menerusi satu hantaran dalam media sosial berhubung isu berkenaan.

“Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella telah berlangsung dengan jayanya namun telah dicemari dengan insiden gangguan sistem bunyi yang tidak memuaskan di tingkat tiga.

“Setelah mengambil kira kebimbangan ramai yang terkesan melalui pemerhatian di media sosial, pihak penganjur telah mengadakan satu mesyuarat teknikal bersama pihak Perbadanan Stadium, Pengurusan Ella, pembekal sistem bunyi iaitu Digital Aid dan pasukan teknikal yang terlibat bagi menyiasat aduan atas perkara yang telah berlaku pada Isnin, 16 Februari 2026 jam 2 petang.

“Pada Sabtu, 14 Februari 2026, setelah kami menerima aduan daripada penonton di tingkat 3, pihak teknikal vendor telah bergegas ke bilik SRS yang menempatkan kawalan sistem bunyi stadium tingkat 3 yang bertempat di tingkat 2 Stadium Nasional Bukit Jalil dan mendapati bahawa sistem berkenaan telah ditukar format tetapannya dan telah berubah kepada sistem ‘Default’ bukan seperti yang telah ditetapkan seperti semasa raptai dilakukan.

“Walaubagaimanapun, pihak teknikal telah berjaya menyelesaikan isu ini sekitar jam 9:50 malam,” tulis kenyataan tersebut.

vd

Dalam pada itu, pihak penganjur memaklumkan mereka memandang serius insiden tersebut dan satu laporan polis telah dibuat bagi siasatan lanjut.

“Pihak kami memandang serius akan perkara ini dan satu laporan polis telah dibuat pada 16 Februari 2026 jam 5:26 petang.

“Kami memohon maaf di atas kejadian yang berlaku dan pihak penganjur sedang berbincang bagi memberikan imbuhan bersesuaian kepada pemegang tiket kategori Bronze yang terkesan dengan kejadian tersebut,” jelas kenyataan itu lagi.

Anda mungkin berminat dengan

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

Seaways All-purpose Cleaner Cleaning Spray (500g)

Seaways All-purpose Cleaner Cleaning Spray (500g)

Genki! Regular Tape Diapers Baby - Size NB (28's)/S (28's)/M (24's)/L (20's)/XL (18's)

Genki! Regular Tape Diapers Baby - Size NB (28's)/S (28's)/M (24's)/L (20's)/XL (18's)

Must-Watch Video

Advertisement