Skip to main content

Hiburan

Ozlynn Kongsi Cara Kekalkan Kebahagiaan Rumah Tangga, Titip Pesanan Jaga Penampilan Diri Sebelum Tidur - “Pastikan Wangi…”

Astro Gempak 354

Sekilas

  • Ozlyn Wati kongsi pentingnya komunikasi terbuka dalam rumah tangga supaya pasangan faham apa yang disukai atau tidak.
  • Dia juga menitikberatkan suasana bilik tidur yang kemas dan wangi serta sikap mesra walaupun tengah bergaduh.
  • Ozlyn dan Johan amalkan keluar ‘dating’ berdua tanpa anak-anak sekurang-kurangnya sebulan sekali untuk eratkan hubungan.

Isteri kepada pelakon dan pelawak, Johan iaitu Ozlyn Wati berkongsi cara mengekalkan ‘spark’ dalam hubungan rumah tangga agar kekal bahagia.

Menerusi ruangan komen di media sosial, Ozlyn berkata, komunikasi terbuka antara pasangan menjadi antara perkara penting yang diamalkannya sejak awal perkahwinan.

Menurutnya, dia tidak gemar memendam perasaan sebaliknya akan terus memberitahu suami tentang perkara yang disukai atau tidak.

“Saya suka beritahu suami apa yang saya suka atau tidak supaya dia faham. Jadi saya tak perlu pening kepala tunggu dia ‘faham sendiri’,” katanya.

Selain itu, Ozlyn turut menitikberatkan suasana bilik tidur yang bersih dan wangi selain menjaga penampilan diri sebelum tidur.

“Saya suka bilik tidur kemas dan wangi, dan saya pun pastikan diri wangi sebelum tidur.

“Walaupun tengah bergaduh, dia tetap nak peluk sebab nak bau,” ujarnya berseloroh.

Tambahnya lagi, sikap mesra antara suami isteri juga menjadi antara faktor penting dalam mengekalkan keharmonian rumah tangga.

“Saya suka bermanja dengan suami. Walaupun tengah bergaduh, tetap juga mengusik dia,” katanya.

egege

Dalam masa sama, Ozlyn menekankan kepentingan meluangkan masa berdua tanpa kehadiran anak-anak bagi mengeratkan hubungan.

“Kami akan keluar ‘dating’ berdua, tinggalkan anak-anak sekali-sekala. Sekurang-kurangnya sebulan sekali mesti ada masa untuk itu.

“Kadang-kadang naik motor saja pusing bandar, pergi makan tepi jalan pun dah cukup,” kongsinya.

Anda mungkin berminat dengan

(BELLAHAZAHA) KAFTAN DRESS LENGAN 3 SUKU, KUALITI UPGRADE, BAJU TIDUR PEREMPUAN, KAIN SERAP PELUH

(BELLAHAZAHA) KAFTAN DRESS LENGAN 3 SUKU, KUALITI UPGRADE, BAJU TIDUR PEREMPUAN, KAIN SERAP PELUH

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Hot Kasut Convese All Starr Low Cut Ready Stock

Hot Kasut Convese All Starr Low Cut Ready Stock

ZUS Ngupi® 3in1 Instant Coffee - Kopi Coklat - 13 Sticks

ZUS Ngupi® 3in1 Instant Coffee - Kopi Coklat - 13 Sticks

Dreamtale Women Printed Pyjamas Set Wear Short Sleeve Shirt & Long Pants Sleepwear Night Wear Baju Tidur Wanita WCO326

Dreamtale Women Printed Pyjamas Set Wear Short Sleeve Shirt & Long Pants Sleepwear Night Wear Baju Tidur Wanita WCO326

Clashe Blouse CORDUROY Women Split Hem Solid Color Baju Kemeja Wanita Long Sleeved Simple Loose Perempuan Style Tops

Clashe Blouse CORDUROY Women Split Hem Solid Color Baju Kemeja Wanita Long Sleeved Simple Loose Perempuan Style Tops

Must Watch Video

Advertisement